Sehebat manapun ar-rijal itu
Dia pasti kalah dengan kehadiran an-nisa dalam hidupnya
Melainkan syariat menjadi benteng utama
Wahai ar-rijal jangan mudah kau luahkan sayang
Kepada an-nisa yang belum halal
Jagalah ikhtilatmu
Alir sayang dan rindu itu
Pada Tuhan Yang Satu
Sebelum kalian sah bersatu
Wahai syabab pembela agama
Jangan kau lekakan an-nisa
Dengan kata-kata cinta
Sabarlah masanya akan tiba
Kumengerti kau impi senyum persis bidadari
Namun jangan kau leka terus bermimpi
Hati mu itu hanya milik Ilahi
Kerana agama yakinku bertakhta
Jangan pudarkan keyakinanku
Dengan madah-madah manis hatimu
Simpanlah tunggu sampai waktu
An-nisa itu lembut hatinya
Berhati-hatilah dalam menuturkan kata
Jangan sampai dia leka mengingatmu
Lebih dari Yang Esa
Ar-rijal dan an-nisa yang dikasihi
Syaitan amat gembira sekali
Andai syariat diketepi
Nafsu disanjung tinggi
Menanti sang bidadari
Menunggu putera agama menjemput diri
Perlu mujahadah tinggi
Andai cinta Ilahi menjadi paksi
melodi jiwa
sang bidadari setia menanti
mahligai ayahbonda
7 safar 1433H
::ilham dari santapan dhuha pagi tadi, terima kasih kerana mengerti::
![]() |
| klik sini |
** DIA akan beri pada masa yang tepat tidak cepat tidak lewat hatta sesaat
** Keranaku menyayangimu..tidak mahu kamu terus terbelenggu..
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^