"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Saturday, 14 January 2012

ini cerita rindu dan doa :: _zulaikha_

Kisah sebelumnya boleh rujuk Surah Yusuf ye…  ^__^
Zulaikha :: menjadi janda
Qithfir, suaminya telah meninggal dunia. Nasib malang menimpa dirinya kerana mereka tidak mempunyai keturunan. Memang, demikianlah tabiat hidup di dunia fana ini, tidak ada yang kekal, semuanya berubah. Benar-benarlah dunia ini berputar seperti tayar. Dari atas turun lagi ke bawah, dari bawah naik pula ke atas. Kelmarin kita ketawa, hari ini kita menangis. Tak pernah terjadi di dunia ini orang yang selalu ketawa dan orang yang selalu menangis. Semuanya patah tumbuh hilang berganti. Susah bertukar senang, senang bertukar susah. Begitulah hukum alam yang berlaku ke atas manusia. Sifatnya umum, berlaku bagi setiap orang tanpa kecuali.
Zulaikha tidak terkecuali dari hal yang demikian. Ia menderita pelbagai kesengsaraan. Ia menjadi janda yang merana, miskin, tenaga sudah hilang, mata sudah kabur, tidak lagi terpandang, sedang umurnya pun sudah menjelang tua. Ia bukan lagi Zulaikha yang dahulu, yang gemar menggoda.
Ia sekarang benar-benar Zulaikha yang menderita. Kekayaan yang ditinggalkan suaminya sudah habis. Habis untuk menyara hidupnya sehari-hari. Ia selalu sakit-sakitan, tetapi sakit yang tak kunjung sembuh kerana penyakitnya lain daripada yang lain.
Ia menderita sakit rindu. Rindu pada Yusuf a.s. yang tak pernah padam dari hatinya. Suaminya meninggal tidaklah begitu menikam jiwanya. Kerana sekiranya Qithfir masih hidup, ia tak pernah mengenali apa erti bersuami.
Sekarang dia benar-benar menderita lahir batin. Penderitaan mana diinsafinya berpangkal utama pada Yusuf a.s. Siang dan malam yang menelan waktu bertahun-tahun lamanya ia selalu meratapi kekasihnya, yakni sejak pemuda cantik itu terkurung dalam penjara akibat perbuatannya.
Dia tahu kekasihnya sekarang sudah menjadi pembesar. Mengingat itulah maka hatinya semakin terseksa kerana memikirkan dirinya yang sudah tidak terpandang dan terhormat lagi sebagai penghalang bagi kemungkinan menjalin hubungan kembali.
Dia sedar bahawa dia merana di dalam hatinya lantaran kekasih. Dia sedar bahawa dia menderita kerana tekanan perasaan. Dia tahu penglihatannya kabur kerana terlalu banyak menitikkan air mata. Dia tahu kecantikannya mula hilang kerana ditelan kesengsaraan. Dia tahu dirinya cepat tua kerana kesusahan. Dia tahu dia ditinggalkan orang kerana miskin. Bahkan dia yakin bahawa apa menimpa dirinya adalah kerana pembalasan atau hukuman dari Allah.
Keyakinan inilah yang membuatnya tak berputus asa untuk dapat memulihkan kembali segala kesusahannya. Tegasnya, untuk dapat mencapai hasrat idamannya terhadap Yusuf a.s.


Zulaikha :: masuk Islam
Zulaikha bertekad mencari kebenaran hakiki. Sudah tentu kebenaran itu tidaklah seperti apa yang dipercayainya selama ini berupa berhala dan patung-patung bikinan tangan manusia.
Dia mendengar bahawa di Lembah Sungai Nil sudah tersiar agama tauhid yang menyembah kepada Allah Yang Maha Esa. Dia dengar pula agama itu dibawa oleh Yusuf a.s. yang dilantik menjadi Nabi pesuruh Allah selagi dia masih merengkuk dalam tahanan penjara.
Zulaikha yakin untuk memeluk agama itu, agama tauhid, agama Islam yag beerti menyerah kepada Allah SWT yang tiada Tuhan selain-Nya.
Maka ditinggalkannya agama nenek moyangnya dan menganut agama Islam yang Ikhlas. Dia mengucap syahadah. Semua patung-patung yang ada di dalam bilik pemujaannya dirobohkan, dilemparkan dan dibakar sebagaimana ia mengikis habis benih-benih kemusyrikan dari kalbunya.
Setelah dia beragama tauhid, menjadi muslimat sejati, legalah perasaannya kerana memperolehi nur iman yang dapat menciptakan ketenteraman batin. Diterimanya ajaran bahawa seorang hamba Allah dilarang putus asa dan dipandang kikir apabila tidak mahu berdoa. Setiap doa pasti diperkenankan asal berdoa dengan hati yang merendah, khusyuk, yakin dan ikhlas utamanya kalau disertai dengan tangisan air mata dan didahului dengan istighfar. Dengan memenuhi syarat-syarat berdoa, dia percaya bahawa maksudnya akan tercapai kerana rahmat Tuhan.
Setiap malam bangunlah dia menunaikan solat, bertaubat dan beristighfar memohon pengampunan atas segala dosanya di masa lalu. Dosanya ketika menyembah patung dan terutama dosanya kepada Yusuf a.s. yang dijerumuskan ke dalam penjara gara-gara tuduhannya sendiri. Setelah solat dan istighfar barulah berdoa dengan segala ketulusan dan titisan air mata bagai anak kecil menangis meminta gula-gula kepada orang tuanya.
Dia sudah banya kali berdoa tetapi belum ada hasilnya. Malah semakin giat berdoa semakin dalam pula kerinduannya. Tetapi kini kerinduan itu lain dari biasa. Dahulu rindu dirasakan sebagai penderitaan yang dibayangi keputusasaan. Sekarang rindu itu dirasakan sebagai keasyikan yang murni, dihayati keyakinan bahawa cita-cita akan makbul.
Zulaikha :: dilamun rindu
“Alangkah nikmatnya dilamun rindu, rindu bukan seksa”, demikian sudah suasana kejiwaan Zulaikha.

**********************************************

bersambung.. ^^

salin dari buku 1001 impian - rangkaian kisah bidadari

** saya taip kisah ni dulu n then buka fb..agak mengagumkan bila mereka berdua bersembang berkenaan rindu..teruja..

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^