"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Wednesday, 18 January 2012

yaumul ithnain.. ^^

Ini cerita rasa bahagia hari Isnin.
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).” 93:11
Alhamdulillah atas semua rasa bahagia hari ini. Alhamdulillah.
16 Januari 2012
7.11 am
“Alhamdulillah. Selamat melahirkan anak ke-2. Perempuan pada 15.1 di Hospital Selayang jam 6.48 petang. Berat 2.52kg. Doakan kesihatan kami.”
Mesej pertama untuk hari Isnin sebelum berangkat ke tempat kerja saya terima dari seorang sahabat. Kak Ana Rahayu yang baru selamat melahirkan anak keduanya. Alhamdulillah. Gembira tidak terkira. Mus’ab dah dapat adik! Semoga Kak Ana dan baby baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala. Entah bila boleh ketemu Kak Ana semula. Ini dah masuk bayi yang kedua. Kali terakhir berjumpa dengannya adalah pada majlis kenduri kahwinnya pada tahun 2010. Kak Ana..saya rindu.
Satu permulaan hari yang baik. Berita yang diterima membuatkan hati gembira ceria. Walaupun kak Ana jauh di mata rasa gembira bersama. Nak tengok baby.. nak tengok baby.. huhu..
Kerja-kerja yang dilakukan seperti biasa tapi entah mengapa Isnin kali ni seperti lain rasanya. Buat semua dengan rasa senang dan bahagia. Itulah berkat permulaan yang baik kot. Agaknya lah.
Imbas kembali..
Ahad, 15 Januari 2012
8.00 mlm
saya : tlg tanyakan zaujah awak..dia nak apa tuk hadiah kahwin ni..saya nak pos.. ^_^
mr.T: boleh plk tanye gitu. Terplg la nak apa pun. Asalkan ada manfaat dunia wal akhirat walau apa brg itu sekali pun..
saya :baikk...maaf tak dapat nak pergi walimah. Mak tak izinkan..lagi2 musim perayaan. Minta alamat rumah. Nanti saya poskan.
mr.T : erm, xpe faham..nanti kalau ada suami senang la sikit nak p sana ke mari. :D ni alamat.....
(ish...mr.T ni. nak kena ni..dah pandai mengusik...)
Maka bermula lah minda saya ligat berpusing memikirkan hadiah apa yg sesuai diberikan kepada pasangan ini..tak lain la...buku..nak bg pinggan mangkuk periuk belanga..payah nak pos jauh-jauh ni.. hehehe...
Kembali..
Maka..tangan kaki mata telinga mulut ligat buat kerja tapi minda sentiasa pikir. Nak beli apa...nak beli apa...nak beli apa...huhu..
Dalam kegembiraan bekerja selepas solat zohor saya dikhabarkan akan pemergian ayahanda tercinta seorang sahabat di Pahang. Innalillahiwainnailaihiraaji’un... peritnya..sakitnya..kehilangan orang yang tersayang. Al-fatihah. Dalam bergembira Allah datangkan pula berita ini supaya saya tidak terlalu leka. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Kematian itu satu peringatan yang berkesan untuk yang masih hidup.
Melewati separa masa kedua bekerja membuatkan jiwa meronta-ronta mahu pulang segera.. hehehe.. kala buntu ingin meneruskan kerja sempat saya ber ‘gtalk’ dengan seorang sahabat maya. Alhamdulillah.. terubat sikit kebuntuan membina ayat tadi... perbualan yang pada mulanya biasa-biasa bertukar menarik. Apa tak menariknya bila kami mula berbincang berkenaan kahwin dan baitul muslim. Banyak nasihat yang diperolehi. Banyak kata-kata semangat yang diberi. Subhanallah. Saya selalu rindu untuk membaca bait-bait kata yang keluar dari tiap taipan jemarinya. Selalunya begitulah. Sedikit persoalan yang saya lontarkan. Berjela jawapan yang diberikan. Setiap jelaan itu mengandungi makna yang mendalam dan membawa kepada ingat Tuhan. Alhamdulillah atas peluang yang diberikan untuk berkenalan dengannya. Ukhti, saya masih menanti e-mail dari mu seperti yang dijanji. Saya tahu enti malu. Tapi saya nak tahu. Kisah enti dan si dia bertemu. Saya tak kisah kalau enti kata saya pitam bila tahu. Saya nak tengok lama mana saya pitam nanti. Saya masih menunggu. Perbualan kami terhenti kala waktu asar menghampiri. Waktu bertemu DIA. ^^
Selepas jam 5.00 petang
“saya nak balik ni. Nak pergi Tesco. Nak beli hadiah. Nak balik..” , kata saya kepada Kak Niza.
“hadiah apa lagi. Asik beli hadiah je..”
“ye la..tiap-tiap bulan ada orang kahwin..saya kenalah beli hadiah..”
saya nak beli hadiah untuk mr.T dan zaujahnya. Esok tengahari boleh pos.
Tesco
“ye yang kat ne?”
“orang kat Tesco, nape”
“ha..duduklah Tesco tu..tak yah balik. Tak reti-reti nak balik. Dah pukul 6 ni..”
“eh..eh...nape ade kat umah ke?”
“ha la.cari ape kat tesco?”
“la..nape x bgtau awal2..sory la td phone silent..nak g kedai buku..beli hadiah kat kawan..”
“hadiah? Tlg belikan barang baby leh? Beli je pape..anggaran RM##”
“baby? Errrmmm....” senyum simpul saya..
“bukan untuk Husna la..nk bg hadiah tuk kwn..”
“org x ckp pape pun! Lalalala...”
p/s: saya mmg suka beli buku dan barang baby..seronok..seronok...seronok.. BUKU sangat BEST. BABY sangat COMEL!! Gerammmm...
“ok..husna tunggu kat umah tau...”
Bila masuk kedai buku.. saya rasa nak beli semua.. macam-macam soalan timbul. Diorang dah ada kot buku ni.. erm... xde lagi kot.. yang ni best.. yang tu menarik.. yang ini.. yang itu... ini... ok saya pening.. akhirnya saya ambil buku berikut untuk mereka.. semoga ada manfaat dunia wal akhirat seperti yang mr.T nyatakan.



srikandi Uthman!!

Untuk Husna saya belikan ini.. suke ^^

seluar tu kale pelangi
nice..
husna suka..
Husna sampaikan satu berita gembira ketika kami bersembang sambil makan keropok lekor tesco. Hehe.. Alhamdulillah.. nak dapat anak buah dah..
Berita pasal baby lagi untuk hari ini.. Baby.. baby.. dan bayi..
Imbas kembali
15 Januari 2012
5.00 petang, mahligai ayah bonda..
“Kak siti mengandung.. Adam dah nak jadi abang..” Alhamdulillah.. bertambah anak buah tahun ini... syukur ya Allah.. Ayahbonda gembira. Terpancar pada riak wajah mereka.. Saya pun tak sabar nak tunggu bulan ogos ni..ada baby baru.. ya Allah permudahkanlah..
Kembali
Malam yang dilewati seperti biasa tapi ada sedikit berbeza. Sebab apa yer? Sebelum tidur sempat saya tebar sebarkan mesej peringatan mengenai iman dan amal kepada sahabat-sahabat. Alhamdulillah.. sudah lama benar saya tidak melakukan ini. rasa seronok bila memberi begini.. apalah sangat sesen dua. Semoga ada ganjaran yang Allah beri nanti. Teringat ayat 51:55.
Jam menghampiri satu pagi. Agak hebat saya belum tidur lagi. Sebelum terlelap teringat sesuatu berkenaan kerja. Ya Allah..alhamdulillah Engkau ilhamkan. Jika tidak aku lupa. Terus telefon genggam ku capai dan ingin buat note standby di screen hp.
But.. saya terkejut.. saya pelik dan …. eemmm.. ish.. eeerrr.. aaa... bila masa ada note lain ni.. bukan saya taip… em.. bila? Kat mana? musykil... adoi..
terima kasih..saya tahu..siapa..
cuma tak dapat pastikan bila..
saya sentiasa doakan..
semoga Allah permudahkan..
semoga Allah perkenankan..
alhamdulillah..

Ya Allah.. apa ni.. apa yang Kau beri hari ini?
Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah..

Tidak jadi melelapkan mata..pelbagai rasa ada..biarlah hanya saya dan DIA yang tahu apa yang berlaku selepas itu..
Alhamdulillah.. pelbagai rasa bahagia hari Isnin ini.. Sepanjang perjalanan pulang dari kerja tak henti bermonolog sendiri di atas belacu.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
22 Safar 1433H
*************
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan (serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. 16:78

ada 5 bayi dalam entry ini..
** hari ini dapat lagi satu berita gembira. satu lagi kesyukuran..  (emm..rasanya dua..) salah satunya pasal bayi..baby dan anak.. ^^ bertambah ahli lagi.. Alhamdulillah..

** semoga bayi-bayi ini, yang telah lahir atau yang bakal menjengah bumi sentiasa diredhai Ilahi. dapat berbakti kepada ayahbonda, agama dan pertiwi. Dapat jadi saham akhirat tuk mereka nanti. Jadi anak soleh solehah yer.. Ya Allah perkenankanlah.

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

5 comments:

  1. as salam..
    alhamdulillah..
    moga mereka menjadi sebahagian dari kalangan orang-orang yang benar dan memakmurkan bumi-Nya..

    ^__^

    ReplyDelete
  2. :) Semoga, yang terakhir. Hehe.

    ReplyDelete
  3. :( dah lama tak leh tulis note!

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^