Aku takut Allah menguji dgn kata-kata yang ku ungkapkan sendiri.
Ada masa tidak mahu berkata apa. Diam tanpa bicara.
Namun selama mana mahu diam saja.
Allah beri peluang untuk sebarkan secebis ilmu yang ada.
Menasihati yang lain itukan berkata-kata untuk diri juga.
Supaya jangan leka.
Amalkan ilmu yang ada.
Luahkan ia dengan tulus semoga sampi ke hati yang mulus.
Bukan kah Allah berkata mengapa kamu tidak berbuat apa yg kamu kata?
Ya Allah bantu aku kota apa yang telah aku perkata.
Berkata-kata itu mudah. Mengotakan itu payah.
Lebih-lebih lagi kala ujian datang tiada henti.
Allah benar-benar ingin menguji.
Kuatkah hati untuk pertahankan iman?
Cekalkah jiwa untuk mematahkn nafsu dugaan?
Kembalilah ke jalan Tuhan.
Di situ ada kedamaian.
melodi jiwa
tanpa bicara dihati saja
subuh yang hening
10 safar 1433
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^