"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 11 April 2011

rindu al-Hadid

Saya menjangkakan bahawa ramai yang telah maklum kenapa Allah mendatangkan perasaan sedih kepada kita. Kerana Allah Maha Mengetahui, bila perasaan tersebut hadir, kita akan merasa lebih dekat dengan Allah. Merayu-rayu, memohon perlindungan, meminta petunjuk, meminta dipermudahkan segalanya dan macam-macam lagi. Bila sedih rasa lebih memerlukan Tuhan. Kebanyakan kita begitu.

Adakalanya saya suka bila ada rasa sedih dalam diri. Lebih kerap muhasabah diri, tadabbur al-Quran lebih lama, berdoa lebih khusyuk dan sesekali ingin mengalirkan air mata. Suatu malam, saya melihat seorang ukhti mengalirkan air mata. Saya tahu dia sedang diuji oleh Allah. Semakin besar ujian semakin sayang Allah kepada kita. Saya tidak berkata apa kepadanya. Membiarkan dia tenang sendiri. Akhirnya dia tertidur bersama air mata. Saya berasa iri. Kerana Allah pilih dia untuk menerima ujian tersebut. Saya turut merasakan kesedihannya. Alhamdulillah, Allah turut ilhamkan rasa sedih itu ke dalam hati saya. Walaubagaimanapun, saya mengerti sesungguhnya rasa itu tidak sama seperti yang ditanggungnya. Usai solat Isyak, al-Quran saya ambil lalu al-Waqiah berlagu syahdu. Satu amalan yang seringkali juga ditinggalkan. Ya Allah betapa ruginya aku.. Entah mengapa, malam itu rasa sayu kala al-Waqiah bergema. Masih belum tenang dengan al-Waqiah. Saya teruskan dengan al-Mulk. Betapa ruginya saya kerana tidak mengamalkan al-Mulk ini pada setiap malam sebelum tidur. Kalau rasa nak baca baru la baca. Ya Allah...

Tiba-tiba rasa ingin sekali menangis..Dah lama tak menangis..saya teringat sesuatu. Bacaan diteruskan pula ke al-Hadid. Ya..al-Hadid. Ada sesuatu yang saya rindui dalam surah ini...ayat 22 selalu membuat hati saya tersentuh. Menjadikan air mata bergenang. Ya..ayat 22 al-Hadid ini pengubat jiwa kala kesedihan menyapa..dan saya ulang berkali-kali ayat tersebut sehingga mengalir kan air mata. Dan alhamdulillah Ya Allah, Engkau Maha Berkehendak memberi peluang kepada aku menangis pada saat itu..ayat 22 itu saya ulang lagi. Ya Allah benarlah apa yang Engkau katakan;

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". al-Hadid:22

Semuanya telah Engkau catatkan awal2 lagi. Sejak kami semua dari rahim bonda kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Semuanya telah tertulis. Dan semua itu amat mudah bagi-Mu. Engkau amat Berkuasa...Engkau pemilik hati2 kami. Tetapkanlah hati2 kami dijalan-Mu. Janganlah Engkau bolak-balik kan hati kami Ya Allah.... Sesungguhnya Engkau benar2 mengetahui keadaan hati2 kami Ya Allah...Siapalah yang lebih mengerti melainkan Engkau.. Kerana Engkau la sebaik-baik kejadian....

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri". al-Hadid:23

Ya. Supaya kita tidak terlalu merana dengan apa yang tidak diingini. Benar. Agar kita tidak terlalu suka dengan apa yang diperolehi. Wahai hati mengertilah...

Saya berazam untuk memeliharanya dalam minda dan hati. Ayat 22 al-hadid saya baca lagi..lagi dan lagi..
Saya muhasabah diri dan berdoa. Semoga saya bisa tabah dan kuat seperti al-Hadid. al-Hadid:22 itu terus saya ulang didalam hati sehingga entah bila mata ini terlena..

ok..


** daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "barang siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam nescaya dia tidak akan ditimpa kepapaan."

rindu saat terawih di masjid biru ramadhan tahun lalu
gambar amik dari : google.com

~berbaik sangka dgn Allah stp masa~

2 comments:

  1. Andai diri ini mampu menangis kerana Allah..
    Kerana diri ini zalim terhadap diri sendiri :(
    Dan setiap yg Dia beri itu tak pernah lebih tak pernah kurang drpd apa yg kita perlukan..
    Doakan sy menjadi hamba yg lebih baik.

    Jom amalkan surah Al-Mulk memalam.!!

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya Dia lebih mengetahui....
    masih ada waktu utk perbaiki diri...
    jom kt bc sama2...

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^