************
monolog hati
hujan rintik turun membasahi
bumi Tuhan subur disirami
rahmat Allah turut menyertai
semua makhluk dapat merasai
Allah itu Maha Adil
kita hanya insan kerdil
bersyukurlah apa yang ditakdir
jangan sesekali mungkir
sesungguhnya kita insan terpilih
diuji kerana kasih
diduga kerana sayang
agar cintamu tidak melayang
kepada makhluk semesta alam
aduh...sukarnya menjaga hati
sukarnya mendisiplinkan diri
ku ketuk pintu hati, apa yang dinanti
ku tanyakan pada diri, kenapa begini
Allah itu amat menyayangi
Allah itu amat mengetahui
berkali ku sematkan di hati
bersangka baik setiap kali
selalu ku pahatkan dalam diri
husnu zon itu indah sekali
tetapi...
mengapa sekeliling sukar memahami
hati resah menabir gelisah
mudahan kelilingku mendapat hidayah
tinggal diriku perlu kekal istiqamah
tetapkan niat terus bermujahadah
Iman & Islam itu tersangat indah
8.15pm
rumah..
************
nati saya muat naik ilham2 madah berhelah saya lagi..
ok..
** Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)
![]() |
| terus la berdoa.. Allah Maha Mendengar |

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^