"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Friday, 15 April 2011

bicara kami

bila xde idea nak post kat blog, saya akan selongkar inbox email. maka terjumpa lah benda ni. puisi dibawah ditulis ketika saya berbalas email dgn cik ct pada setahun yang lalu 13/1/2010. kami berbicara tentang sahabat kami merangkap rumet nya yang akan melangsungkan perkahwinannya pada mac 2010. yang ni adalah coretan dari hati nya...

x sgka...rupanya putaran wkt sgt pantas...
rsanya baru lg bergurau tntg kawin dlu..berangan tntg pasangan jiwa..
bru lg bergelak ketawa brperangai budak2..
bru lg duduk bersama berkongsi cerita...berjalan ke kuliah..
lupe, hdup pasti berubah ke alam dewasa..
x sedar..umo dah menjangkau ** thn!
mg perjalanan hdup kita trus berwarna pnuh bahagia walau diulit sribu masalah..
wahhh...sungguh kangen utk bertemu dgn mu n kwn2 kite!
kte mst plan utk bjmpe lg k...
misz u my lovely fren...
mg Allah sentiasa bersamamu...
salam syg

dan ini balasan saya terhadap kata2 sahabat di atas. saya balas dalam bentuk puisi dan saya tujukan khas untuk kawan2 sepengajian di kampus belantara.

itulah kehidupan dunia
masa berlalu tidak terasa
cepat sungguh meninggalkan kita
bagai baru semalam kita bersua
bergurau senda bercanda ria
hanya kita sesama kita
pelbagai perkara ditempuh bersama
pahit manis sama dirasa

ada ketika kita terluka
air mata mengalir tiada tara
hati yang rajuk diubati bersama
kata maaf menyejukkan jiwa
ukhuwwah kita terjalin semula
menyulam kasih di kampus belantara
itulah kita...

entah bila boleh bersua
menyemai kasih menggembur cinta
sarat rindu di dalam jiwa
adakala terlerai jua
deraian kolam air mata
dek kerana menahan rindu gelora
terhadap teman-teman yang sering bersama
tetapi kini jauh di mata
ke manakah kalian mengembara
di bumi Tuhan yang terbentang luasnya
walau ke mana kaki membawa
walau ke hujung alam semesta
ingat ALLAH setiap masa
kerana kasih-NYA kita bersua
kerana nikmat-NYA dapat dirasa
apa itu sahabat setia......

************

kami selalu berbalas kata dan akan terhasil lah madah pujangga. dia akan berkata;

"bila hati mula berbicara, akan terungkaplah kata pujangga".

dan saya membalas;

"bila hati mula berbicara, w/pun lidah kelu tuk berkata-kata, tp terinspirasi di hati segala apa yg di rasa, w/pun ianya hanya kiasan semata, terluah segalanya di kanvas maya..

ok..

** dah jarang sangat bertemu dgn dia di alam maya apatah lagi di alam nyata...kesibukan tugas membataskan segalanya. namun saya tahu, kami mengejar satu perkara bersama iaitu "redha Ilahi dalam setiap apa yang dilakukan"
** saya tahu cik ct akan baca blog ni. sesungguhnya diri ini amat2 merindui usrah tautan hati..

semoga hati-hati kita sentiasa bertaut untuk mendapatkan redha-NYA
gambar amik dari : en. google.com
~bersangka baik dgn Allah stp masa~

5 comments:

  1. (",)
    tersenyum n tersengeh ct membacanye..
    buat ct rindu nk membalas kata pujangga..
    ikutkan hati nak juga meluahkan pelbagai rasa hati..tapi benarlah keadaan tugasan tak mengizinkan..

    apapon ct jg rindukan usrah tautan hati...
    saat berkongsi segala dlm mengingati Ilahi...
    mg di pertemukan 1 hari nnti..........

    ReplyDelete
  2. saya pun nak senyum tersengeh.

    *walau tak pernah ikuti usrah tautan hati*

    ReplyDelete
  3. tapi kita selalu berusrah dari hati kan???

    ^__*

    ReplyDelete
  4. okay baru nak reply. haha. semoga.

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^