"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Tuesday, 12 April 2011

menangis di bahuku

kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)

-Firdaus-

pernahkah kalian didatangi seseorang yang tidak rapat tetapi dia datang untuk mencurahkan segala kerunsingan yang dialaminya secara tiba-tiba? dia menceritakan perkara-perkara yang anda tak pernah nak ambil tahu. dan dia menangis didepan anda sambil menceritakannya? itu lah yang saya alami beberapa tahun lalu ketika belajar di indera kayangan. pada hal tak kesah pun dengan kawan ni. bila bertembung hanya sekadar berbalas senyuman. tidak pernah rancak bersembang walaupun dalam satu kelas yang sama. satu petang dia beritahu yang dia nak jumpa saya malam ni di blok saya. okeeeeyyyyy. kemusykilan telah menerjah ke seluruh urat saraf. kenapa yer? tiba-tiba je.

tibalah waktu dan tempat yang dijanjikan. selepas isyak di tangga blok saya. dia datang dan kami bercerita di tangga paling atas. pada awalnya cerita hanya berkisar tentang perkara-perkara yang biasa-biasa je. sampailah dia menceritakan segala-galanya tentang masalah yang membelenggu jiwa dan raganya. segala-galanya!!!! segala-galanya selama kami belajar di indera kayangan ini. adakalanya saya melihat dia mengalirkan air mata. saya pula tanpa segan silu merelakan juga air mata saya mengalir mengiringi kesedihan dan kegalauan hatinya. dari anak tangga teratas, saya membawanya ke dalam bilik study di hujung paras kerana kisahnya yang semakin rancak dan bagi mengelakkan pandangan rakan separas yang lain. saya menyelami kesedihannya. saya tak pernah pun rapat dengan dia ni. selepas habis segalanya diluahkan, saya senyum dan bertanyakan kepadanya "kenapa saya?, kenapa ceritakan segala-galanya kepada saya? " bukan kerana tidak ikhlas mendengar dan meluangkan masa untuknya, tetapi.....mmmm...entahla..berulang-ulang saya tanya pada diri, kenapa aku? jawapan yang saya terima, tidak pernah saya sangkakan. biarlah sebab itu tersimpan rapi dalam simpulan erat persahabatan antara saya dan dia.

apa yang ingin saya katakan ialah, Allah telah memilih saya daripada ramai lagi rakan-rakan lain pada waktu itu. dia menceritakan segalanya bukan dengan niat untuk membebankan saya, bukan untuk menyusahkan saya, bukan untuk mencari gaduh dengan saya. tetapi ada rasa selesa antara saya dan dia. bukan mudah menjadi pendengar. bukan mudah meminjamkan telinga dan bahu kepada insan lain. ia memerlukan niat yang betul-betul ikhlas dan satu kotak khas di dalam minda untuk menyimpan kukuh segala apa yang mereka ceritakan. perlu dibalut rapi dan dilekatkan dengan perkataan 'fragile' supaya saya tidak sewenang-wenangnya terpecahkan maklumat tersebut. hati pula perlu sentiasa berbaik sangka. tidak boleh menjadi batu api. malah perlu membantu dia untuk keluar atau sekurang-kurangnya mengurangkan tekanannya.


Allah telah menakdirkan saya berhadapan dengan situasi tersebut. secara tidak langsung saya belajar sesuatu. tatkala kata-kata positif dilontarkan, sekaligus ia ditujukan juga kepada diri sendiri. dengan menjadi pendengar, ia adalah salah satu cara Allah menegur saya supaya membetulkan diri sendiri. bukan mudah untuk mencadangkan apa yang perlu mereka buat bagi menghadapi ujian tersebut. lebih-lebih lagi jika kita sendiri belum menghadapinya. berkata memang mudah. melaksanakannya yang payah. bila Allah beri peluang berdepan dengan ujian yang sama, sebelum mencari orang lain untuk mencurahkan resah, ingatlah kembali kata-kata yang pernah kita katakan kepada mereka. sesungguhnya Allah akan uji kita dengan apa yang kita katakan. seperti yang saya pernah baca di dalam blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi -

“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”


 
Ya..semua itu benar belaka dan saya pernah mengalaminya. diuji apa yang saya katakan. Alhamdulillah. Allah masih sudi memberi peringatan. Alhamdulillah. Allah masih sudi memberi sedikit ujian. Alhamdulillah. Allah masih sudi tunjukkan jalan. Alhamdulillah. Allah masih sudi kirimkan sahabat sebagai peneman. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. tinggal saya sebagai hamba untuk mengambil tindakan dan pedoman.


 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7) -al-Fatihah-


 
walau keberadaan kita tidak mengizinkan untuk bertemu secara berdepan,
tetapi saya masih sudi meminjamkan telinga dan bahu kepada kalian bagi meringankan beban,
menangislah di bahuku,
jika itu dapat meredakan resah gelisahmu.

ok..

** sehingga kini saya masih belum berpeluang untuk bertemu semula dengan dia setelah hampir lima tahun kami meninggalkan indera kayangan. semoga dia baik-baik saja. rindu kamu.
** oh ye! lagu kat atas tu dinyanyikan oleh kumpulan firdaus. cari la. dgr.. seronok.. nak upload kat sini x berapa nak boleh la.. 

setahun yang mengajar erti sebenar kehidupan. rindu kolam ikan KMP.
keimanan menjana perubahan.
gambar amik dari : google.com

~bersangka baik dgn Allah stp masa~

3 comments:

  1. alhamdulillah..bgsnye ade awak yg sudi mendengar ..hehehe nnt akk nk bertenggek kt bahu awak gak ler yer..hehehe gurau je

    ReplyDelete
  2. boleh2...ape salahnya...lebar bahu saya ni...
    hee..he...

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^