sejak2 ni saya kurang idea dalam menghasilkan madah berhelah...jadi saya selongkar balik koleksi2 sebelum ni. puisi ni telah di muat naik oleh sahabat di blog nye.....klik sini. oleh kerana xtau nak kata apa dah, maka nya saya muat naik kat sini gak la....
************
mencari solusi diri
mencari solusi atas kelemahan diri
menyingkap tirai mengintai kekuatan hati
mencerakin helah melangkahkan kaki
menuju gerbang destinasi suci
melapor minit setiap detik
dua malaikat tiada gagal mencatit
segala gerak langkah tanpa terpalit
meniti hari merelakan hati
agar minda seiring kata
moga iman menjadi ketua
memimpin hati yang sering leka
menggugah nafsu yang bermaharajalela
menggegar alpa sebelum sangkakala
wahai diri bangkitlah semua
gerakkan semua anggota dan rongga
menyelami keindahan semesta
mendasari kemuliaan Maha Kuasa
sesungguhnya kamu tidak punya apa-apa
hanya insan kerdil, lemah lagi hina
berlumuran dosa dan noda
namun bongkak dan takabbur di bumi fana
menjunjung kuasa yang hanya sementara
sedarlah kamu
buangkan noda debu itu
biarkan sinar mutiara menyelubungimu
menempuh ranjau hidup penuh liku
berharap rahmat Ilahi di mahsyar nanti
menanti syafaat Nabi kekasih Ilahi
moga segalanya direstui...
2.45pm
tempat keje..
************
selalunya idea akan datang ketika saya sedang sedih, marah, bengang..selalunya la.. tapi saya paling suka kalau ilham tu datang bila hati tengah bahagia dan berbunga-bunga ceria. lebih2 lagi kalau ada orang lain sambung madah berhelah saya. ayat jadi bunga-bunga cinta tahap jiwang karat punya...ada la geng terbang di awang2an sekejap..kalau terbang sorang2 tak seronok pulak...
ok..
** 2 hari ni mcm ade catuan air lak...pagi & petang jer ade air keluar dari sume paip yg ade dalam umah. selain dari waktu tu, air hanya keluar dari paip kat luar rumah jer....jenuhla mengangkat baldi dari luar ke tingkat atas. baru rasa berharganya setitik air.....setiap yang berlaku tu ada teguran dari Allah.
** Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Al-Asr
![]() |
| malam tadi bulan penuh.. patut la hari ni 15 jamadilawal gambar amik dari: en. google.com ~bersangka baik dgn Allah stp masa~ |

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^