Damailah cinta
Bersama segala resah gelisah
Yang pernah ibu kisahkan
Damailah sayang
Bersama segala tangis sendu
Yang pernah ibu luahkan
Tenanglah intan
Bersama hilai tawa
Yang pernah bersama dikongsikan
Tenanglah permata
Bersama segala alunan kalamNya
Yang pernah ibu dendangkan
Yang pernah abi lagukan
Yang pernah ibu putarkan
Damailah kasih
Bersama cinta rindu
Yang pernah ibu abi curahkan
Dan takkan mungkin hilang ditelan zaman
Kerana anakanda yang pertama
Tidak pernah boleh tergantikan
Lenamu sayang di sisi arRahman
Lenamu kasih di pelukan arRahim
Terima kasih Allah atas pinjaman ini
Terima kasih Allah atas peluang ini
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Bertuahnya ibu
Bertuahnya abi
Anakanda sudah menanti di Syurga idaman
Tunggu kami menyusul pula
Tunggu ibu abi, nanti kita jumpa ya
الحمد لله
وإنا لله وانا إليه راجعون
Lahirmu tiada tangisan
Lahirmu tiada lagi roh di badan
25 minggu dalam kandungan
Ibu abi redha dengan pemergian
7.7.2017
14 Syawal 1438
Nusaibah Amani binti Mohammad Anas
Selepas seminggu
Hanya ini yang ibu mampu nukilkan
Terlalu banyak kata-kata
Ingin ibu kisahkan
Namun terpadam dek air mata
Yang berhamburan
Mahligai ayahbonda
14 Julai 2017
Innalillahiwainnailahirajiun..
ReplyDeleteMasyallah Subhanallah Nusaibah Amani bertuahnya kamu anak syurga..
Hidup ini terlalu misteri dengan teka teki..dan kamu antara yang teristimewa hadiah dari Ilahi..