"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Wednesday, 4 January 2017

as sweet as my FIL?

Aku masih belajar. Belajar menyertai keluarga besar. Punya abang kakak adik lelaki adik perempuan juga anak-anak buah yang ramai. 

Aku masih belajar. 

Mak (MIL) baru menjalani pembedahan tulang belakang di HUKM semalam. Adik ipar paling bongsu yang menjaga memandangkan dia sedang bercuti semester. 

Bapak tinggal di rumah Kak long di Putrajaya. Rumah kedua aku sekarang kerana di situ suamiku berada. 

Pagi ini usai solat subuh, mathurat, dan ta'lim riyadatussalihin bersama annurian juga sembang-sembang santai aku ke atas kembali melihat Insyirah. 

Di dalam group what apps family mertua, bapak menaip ini 

"Mak dh solat dik, kakinye di ratakan ayer bawah kaki di lapik tuala spry rata2 ye dik." 6.46am

Dalam sakit begitu, bapak masih mengingatkan emak untuk solat. Subhanallah. MasyaAllah. I'm melting. 

Tidak lama selepas itu, bapak menaip lagi 

"Mak dilap2 kain basah ye dik biar rasa segar sikit, nnt insyaAllah bpk datang dgn abg Pian." 8.08am

Allahu, entah. Aku membaca dengan pelbagai rasa. Pasti bapak yang akan berbuat begitu sekiranya bapak disisi emak. Pasti! 

Apa yang aku cuba sampaikan ye. Aku melihat dua ayat bapak itu, punya rasa cinta dan kasih yang mendalam.

Aku masih baru bersama mereka. Sedang suami sendiri masih terlalu banyak belum dapat aku terokai. Aku masih belajar. Aku masih belajar. 

Berbalik kepada tadi. Ya, dari dua ayat itu aku dapat melihat sinar kerisauan bapak kepada emak juga cahaya kasih sayang bapak kepada emak. I'm crying.

Kita selalu mengganggap manisnyaaaaaa pasangan-pasangan suami isteri yang masih muda tatkala mereka berbuat itu ini yang indah di pandangan mata. Namun, manissssss lagi pasangan-pasangan suami isteri yang telah lanjut usia menghampiri senja tatkala mereka berbuat itu ini yang indah di mata.

Kasihnya tersirat disebalik kata dan bakti yang tersurat. 
Cintanya mengerat disebalik toleransi yang mengikat.
Sayangnya menguat disebalik sentuhan dan pandang mata dengan urat berselirat. 

Teringat ayahanda yang mahu membayar bil utiliti pun hendak bonda ikut sama. Padahal tidak perlu berbuat apa. Cukuplah duduk di kerusi sebelah menemani. Bukan mengada-ngada namun bahasa kasihnya adalah waktu yang diluangkan bersama. Bukan lagi madah indah berbunga-bunga. Bukan juga hadiah mewah ratusan nilainya. 

Wahai yang menerima ijab dari ayahanda, sudikah kekal setia ke hari tua? 
Menerima aku apa adanya
Mungkin nanti
Aku tidak lagi kurus seperti mahu mu
Bertambah serabut serabai persis hantu mak limah bagai katamu
Penuh bau bawang dan ikan masin di badan setiap kali menyediakan hidangan

Mahukah kamu?
Setia menjadi imamku, walau solat ku kadang telat 
Sabar melayani ketika sakit melewat
Sentiasa bermanis kata walau kata ku buat kau luka 

Ya Rabbi 
Berikan kesembuhan kepada ayahbonda kami
Walau apa saja lelah yang dialami 
Masukkan mereka ke syurgaMu tanpa hisab 

Ya Rahim 
Limpahkan keberkatan di dalam rumah tangga kami
Dalam apa jua situasi 
Kerana aku sedar dan mengerti 
Melayari samudera 
Pasti ada angin dan hujan mengiringi 

"Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur." 31:31

04012017
Day 38 

#akudahkahwinrupanya
#dahadaiparjugamertua
#macamtakpercaya

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^