Aku mendapat berita tentang beruntungnya dia
Mendapat serba satu di hari pernikahannya
Mendapat percutian bulan madu ke luar negara juga sejurus pernikahan
Aku mendapat khabar dari seseorang
tentang beruntungnya dia
Lalu, hati kecilku berkata
bukan
bukan beruntungnya dia
Beruntunglah si lelaki yang telah memilihnya yang telah berjaya menawan hati ibu bapa perempuan itu
yang telah berjaya meyakinkan hati perempuan itu
Dengan izin Tuhan pastinya
Beruntunglah lelaki itu
dapat mendampingi perempuan
yang istiqamah tahajjudnya
yang terjaga solat sunat rawatibnya
yang memelihara ma'thuratnya
yang sentiasa meningkatkan bacaan alQuran nya
yang sukar mengatakan tidak untuk semua pertolongan
yang sembunyi-sembunyi menghulurkan not-not bernilai di celah-celah kereta yang ditumpanginya
yang gigih memastikan ruangan rumah bersih kemas terjaga
yang tegar mengorbankan waktu lapang demi bakti kepada masyarakat
yang bersengkang mata berkorban demi umat
Beruntunglah lelaki itu dapat memilikinya dengan cara indah yang halal lagi diredhai
Beruntunglah lelaki itu
Kerana madrasah pertama anak-anak adalah daripada seorang perempuan bernama ibu
Beruntunglah lelaki itu
Semoga istiqamah
Selamat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh kesabaran
Ya, aku cemburu
Kerana masih terlalu jauh untuk seperti perempuan itu
Mohon doa
Mohon doa
Mohon doa
N.A
1508
20031438
Pejabat
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^