Bertahun-tahun berlalu sejak terakhir kali aku menulis ini. Bulan demi bulan menanti kata untuk disusun menjadi realiti. Namun hanya tersimpan sepi dalam memori. Setiap detik yang berlalu setiap saat yang bertamu, akhirnya Pn. Ct juga yang menyambung tempoh hari.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Sebenarnya tiada lafaz indah yang boleh menterjemah rasa
tiada madah puitis untuk menggambarkan jiwa
segala rasa, sakit pahitnya
manis madunya
biarlah tidak dicerita
sekiranya ada hanya yang tertentu mengetahuinya
cukuplah Allah bagiku...seandainya dapat benar aku praktik kan itu
Pelbagai yang terjadi tahun-tahun kebelakangan ini. Laman ini makin sunyi sepi. Mungkin sebab segala update beralih ke ig. Bukan tidak mahu menyusun aksara namun selalu saja tenggelam bersama waktu hilang dibawa haru.
masihkah ada pembaca yang singgah
menanti dengan penuh tabah
pada setiap kata yang rebah
sebenarnya terlalu rindu untuk bermadah
ya, mungkin faktor usia yang semakin menuju penghujungnya
komitmen yang semakin meningkat
atau mungkin kadar bacaan kian singkat
lalu ilham terburu malu
tidak kekal lama seperti dulu
sepertinya tidak berkait pula coretan ini dengan tajuknya ya kan Pn. Ct?
entah...
aku mungkin yang celaru
dengan segala yang berlaku
namun
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
27:19
jazakillah khairan katheer untuk ziarah singkat Ahad lalu
terus saling mendoakan ya..
15112016
terus saling mendoakan ya..
15112016
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^