Sudah terlalu lama rasanya
menanti sambungan ceritera ini kan? Maaf. Hambatan ruang dan waktu. Juga kekeringan
ilham bicara. Malah perlawanan pelbagai rasa di dalam jiwa menyebabkan
segalanya tergendala.
Tatkala diimbas semula jujur aku kata, masih
terdetik rasa tidak percaya.
Sebentar saja semuanya bertukar.
=)
Teringat kembali bicaramu lewat email dan gtalk kita dua tiga tahun
kebelakang. Saat kau adukan gusarmu tentang pencarian ‘dia’, tentang ‘dia’,
tentang ‘dia’.
*senyum*
Dan masih ingatkah entry ini, ini dan ini? Entah ilham apa Allah
beri, pantas saja jariku menyusun aksara mencoret tinta. Alhamdulillah. Ilham
dari Dia.
Kuasa Allah.
Dengan izinNya.
Masih kuingat segala yang kita
rancangkan untuk tahun ini. Lebih-lebih lagi perancangan untuk ke Tanah Suci
bersama. Kau kata, jomlah ke sana. Kita usaha mencari ‘dia’ dengan cara lain
pula. Mana tahu doa di sana Allah perkenankan pula dengan segera. Subhanallah.
Sungguh indah ajakan itu. Sepertinya kau tahu ia merupakan azam dan perancangan
tahun baru hijrah yang baru sahaja beberapa hari ku tuliskan didalam sebuah
buku nota. Sudah ku khabarkan pada bonda, malah setuju pula dengan permusafiran
kita. Saat panggilan malam itu, kita merancang pakej mana yang perlu diambil dengan
bajet yang sesuai dengan kewangan aku yang biasa-biasa ini. Pakej telah
dipilih, bajet telah diperoleh. Tinggal saja hendak mendaftar.
Kita merancang, tetapi Allah
sebaik-baik perancang, kan? Allahu. Kala ku tahu kau bakal melangkah ke status
baru, pasti rancangan kita itu sudah tidak boleh dijalankan bukan. Hanya Allah
yang tahu bagaimana aku mengadu pada Dia. Entah berapa kali aku pasakkan dalam
hati, Allah lebih tahu. Walau setiap kali itu, tubir mata ini menakung air mata
yang entah apa. Maaf. Maaf. Bukan tidak mahu terima, tapi hanya mahu mengadu
padaNya. Tidak berapa lama kemudian, aku pula mendengar perkhabaran bahawa
mulai tahun ini perjalanan ke Tanah Suci perlukan mahram. Nah! Allah
sebaik-baik perancangkan? Pasti saja kita tidak boleh pergi tanpa mahram. Allah
Maha Tahu. Tanpa perlu ke sana, Allah telah makbulkan doamu.
Alhamdulillah.
Perancangan ke Tanah Suci untuk
tahun ini sepertinya terkubur saja. Syawal sudah ke penghujung. Lain tahun
barangkali mungkin Allah izinkan aku untuk berkunjung. Bersama siapa itu aku
masih belum tahu. Sudah pasti nanti kau akan pergi bersama zaujmu. Seperti kata
mu didalam entry ini, mana tau kita akan terbang berempat suatu hari nanti.
InsyaAllah.
Hari demi hari. Bulan demi bulan.
Waktu itu tiba jua. Terimbas kembali segala impian-impian perkahwinan semasa
kita sama-sama belajar dahulu. Mahu seperti itu, mahu seperti ini. Buat macam
tu, buat macam ni. =) Saatnya tiba. Walau segala yang pernah diimpi tidak
semuanya diizinkan Ilahi, namun pasti saja puas hati kerana kebanyakannya kau
lakukan sendiri. Dan aku hanya mampu melihat dari jauh segala persiapan menuju
ke hari itu. Melihat dan membaca status-status yang di update ke Kenari Biru.
Dalam hati tidak jemu mendoakan urusanmu.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kini setelah 2 bulan selepas saat
lafaz sakinah itu, doa ku tetap ada namun isinya pasti berlainan pula kan.
Walau apa ranjaunya, selamat menimba pahala dalam alam baru yang penuh
mawaddah, mahabbah dan sakinah. InsyaAllah. Separuh agama telah kalian
lengkapkan, separuh lagi sama-samalah kalian usahakan. Tatkala syaitan menangis
kala ijab kabul itu terlafazkan, saat itu juga Allah membuka pintu kerahmatan
untukmu sahabat. Setiap baktimu untuk zauj pasti bermakna di mata ‘dia’ yang
menyanyangimu kerana Dia. InsyaAllah.
Baru saja aku mendengar kata-kata Ustaz Pahrol, “seorang isteri boleh masuk syurga tanpa suaminya, namun seorang suami sukar untuk masuk syurga tanpa isterinya kerana setiap perkara suami akan ditanya.”
Subhanallah.
Allah sangat mencintai wanita kan. Setiap status Allah janjikan pelbagai ganjaran. Sudah tentu kau mahu ke syurga bersama ‘dia’ kan. ‘Dia’ yang berani berjumpa wali mu, ‘dia’ yang berani memetik mawar berduri di taman larangan ibu ayah mu. Lagi baru juga ku dengar, solat wanita yang telah bersuami itu lebih besar ganjarannya berbanding solat wanita yang bujang dan apabila suami isteri saling memandang, maka diberikan keduanya pahala.
Subhanallah.
Mudahnya menimba pahala sebagai seorang zaujah ye. =)
Baru saja aku mendengar kata-kata Ustaz Pahrol, “seorang isteri boleh masuk syurga tanpa suaminya, namun seorang suami sukar untuk masuk syurga tanpa isterinya kerana setiap perkara suami akan ditanya.”
Subhanallah.
Allah sangat mencintai wanita kan. Setiap status Allah janjikan pelbagai ganjaran. Sudah tentu kau mahu ke syurga bersama ‘dia’ kan. ‘Dia’ yang berani berjumpa wali mu, ‘dia’ yang berani memetik mawar berduri di taman larangan ibu ayah mu. Lagi baru juga ku dengar, solat wanita yang telah bersuami itu lebih besar ganjarannya berbanding solat wanita yang bujang dan apabila suami isteri saling memandang, maka diberikan keduanya pahala.
Subhanallah.
Mudahnya menimba pahala sebagai seorang zaujah ye. =)
InsyaAllah.
Di sebalik segala cerita,
disebalik segala rasa sakit dan kecewa, disebalik segala impian yang masih
tidak diizinkan dia, pasti Allah ada rancangan yang istimewa. Pasti Dia
merancang sesuatu untuk kebaikan kita.
“Bagaimana mungkin Allah yang
menciptakanmu dengan cinta lalu membiarkan dirimu terbelenggu luka.” Ustaz
Pahrol
Allah telah menggantikan segala
rasa sakit mu dulu dengan ‘dia’ yang selalu kau rindu, kan? *senyum* Kini
hatimu sudah dihuni seorang insan, malam-malam mu tidak lagi kesunyian, semoga
segalanya dalam rahmat dan redha Tuhan.
Alhamdulillah.
Selamat ulangbulan kedua
perkahwinan.
Selamat bercinta dan merayakan
cinta kerana DIA.
Semoga terus kekal menjadi anak
yang solehah dan kini ditambah pula selamat berusaha menjadi isteri yang
solehah dan juga ibu yang solehah. InsyaAllah.
dhuha.
25101434
01092013
Kuala Kangsar.
**nampaknya utara tetap menjadi tempat idea tercurah
**jauh ku lari agar idea mengalir tanpa henti
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~





:)
ReplyDelete:')
semoga Allah selalu merahmatimu..