"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 14 January 2013

Novel Cinta Kita 2



Kau tahu? Saat aku belum jatuh cinta dengan novel-novel Islami, aku sangat suka baca novel cinta remaja waktu sekolah menengah dulu. Novel pertama aku baca adalah Bila Sena Kembali Berbunga. Masih ingat lagi novel itu tebal mengalahkan aQ ku sekarang ini. Dipinjam dari rakan sekelas. Dibawa pulang ke rumah untuk dihabiskan pembacaan. Ya, masa itu tingkatan dua. Bonda  tidak suka aku membaca novel. Khayal katanya. Hiii... Maka, novel itu aku baca sembunyi-sembunyi. Andai bonda atau ayahanda masuk menerjah ke kamar, ku nyorokkan novel itu dibawah tilam. Kuikuikui... Dari satu novel ke novel yang lain. Banyak sudah yang aku baca. Dalam hati menidakkan kata bonda. "Tidak semua novel cinta remaja untuk berkhayal tapi ada juga ilmu yang boleh dijadikan iktibar namun memerlukan tapisan agar tidak tersasar." *senyum*
 
Ya. Sebagai pelajar yang memakai kain hijau ke sekolah menengah, agak lagha rasanya menghabiskan masa diulit khayal novel cinta dunia. Huu.. Kitab tafsir hadith yang nipis hanya dibuka jika mahu periksa dan tidak pernah habis dibaca. *piat telinga sendiri*
 
Entry ini, bukan mahu reveal masa remaja. Cuma aku sangat suka baca novel Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta dan Pergilah Sepi. Ya. Ia bukan cinta Islami. Ia bukan novel Islami. Namun seperti yang ku kata tadi, "Tidak semua novel cinta remaja untuk berkhayal tapi ada juga ilmu yang boleh dijadikan iktibar namun memerlukan tapisan agar tidak tersasar."
 
Kau tahu apa yang aku suka pada novel itu? Perkahwinan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Bukan atas dasar bercinta sakan sebelumnya. Bukan juga sebab agama. Kan dah kata tadi, ini bukan novel Islami. Ermm... *senyum simpul sila*
 
Cuma...nak kata dan kau juga tahu kan.. bercinta selepas pernikahan itu lebih barakah. Sebab segalanya telah halal. Walau hati masih ada sedikit keberatan untuk membuat penerimaan. Namun segalanya akan mudah dan tenang dengan kasih sayang Tuhan.
 
Kau tahu kan?
 
Senangnya lidahku mengatur bicara
Tidak semudah hatimu yang menanggung gelora
 
Ya. Mudah bagiku menyusun tinta memujuk rasa. Namun hati mu lah yang benar-benar melalui semua. Diri mu lah yang berdepan itu semua dengan jelas nyata. Kau tahu? Aku pernah mengimpikan untuk menjadi watak dalam novel itu. Pernah. Dulu. Itu Dulu. Tapi tidak mudahkan? Cerita novel itu saja perlu berhadapan dengan segala keperitan sebelum mengecap kebahagiaan. Ah! Nama pun novel. Rekaan manusia. Akhirnya mestilah mahu yang bahagia-bahagia dan cerita melayu mudah untuk dijangka.
 
Hidup kita? Seperti tagline laman sempit ini..
 
Indah hidup nikmat Ilahi
Realiti penuh teka teki
 
Ya. Segalanya teka teki. Kita selalu berteka teki. Apa yang akan terjadi. Apa, apa dan apa. Namun kau tahu bukan doa itu senjata. Selama kita berteka teki teruslah tembak doamu kepada Ilahi. Teruslah meminta itu ini. Kalau segalanya dipandang dari sisi positif dan kerana Ilahi, semua itu indah bukan? Cubalah kalian. Sekali lakukan. Akan kalian rasakan indahnya berbaik sangka pada Tuhan. Walaupun ia benar-benar memerlukan didikan.
 
Dimana hujung jalan cerita
Bukannya dibibir tanpa sebarang nokhtah
 
Akan ada nokhtahnya. Itu pasti. Akan ada bahagianya itu janji Ilahi. Bukankah kau katakan kerna agama dan akhlaknya itu yang menguatkan untuk terus kekal dengan pilihan. InsyaAllah. Kerana agamanya kau pasti tertawan. InsyaAllah dengan akhlaknya pasti suatu hari kau tidak keruan. Di samping restu ayahbonda yang sentiasa beriringan. Kekalkan mujahadahmu. Demi cinta Tuhan kan. Itu yang kita dambakan. InsyaAllah akan dicampakkan juga cinta insan yang halal dalam sebuah ikatan yang dipanggil pernikahan.
 
hihi..
gambar dari Bumi Mu'tah

Semoga semuanya baik-baik saja.
Semua akan indah pada waktunya.
 
 
Entry terdahulu itu, ermmm...
 
Ya..
Semoga pilihan kita adalah pilihan Allah juga.
Semoga novel cinta kita sentiasa diiringi oleh redha-Nya.
Novel Cinta Kita.
 
 
Menikahi orang yang kita cintai belum tentu, namun mencintai orang yang kita nikahi itu perlu. Walau siapa dia yang bakal hadir itu, semoga dia akan menjadi seperti yang kau impi suatu waktu dulu. Mungkin bukan sekarang. Di hari depan siapa tahu. Kerja Tuhan siapa tahu. Kan?

#Maaf. Kata ganti nama seakan tidak sesuai. Tapi boleh la kan. Hihihi

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~


1 comment:

  1. ok.bergenang.
    tak terlafaz kata terima kasih.

    sesuai bangat kata nama tu =)

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^