tiada sebarang berita ku kisah
bukan bermakna ku tak endah
berharap kau sentiasa senyum indah
walau hati mu tersiat berdarah
tidak kau ceritakan
tidak pula ku ungkapkan pertanyaan
namun dapat ku rasa tidak keruan
kerana dirimu senyap tiada perkhabaran
ku tahu ada yang membelenggu
dirimu kekal membisu
namun kupasti kau akan meluah bicara
suatu hari yang entah bila
akan ku nanti penuh setia
kerna itu tiada aku mengeluarkan sepatah pun ayat tanya
satu hari akan ketahuan jua
ku yakin akan kau cerita
mungkin belum tiba masa
atau kau juga belum bersedia
mungkin saja kau ingin berahsia
menyembunyikan resah di jiwa
tidak ingin membebankan jiwaku
tidak ingin menyusahkan hatiku
tidak dapat kau menipu
sepi mu itu aku tahu
ada sesuatu yang berlaku
walau tidak kau kisahkan pada ku
tiada sebarang madah terluah
tidak beerti ku tidak kesah
beri kau waktu untuk merawat gundah
beri peluang kau melayan mehnah
**********
kerna ada waktu kita perlu sendiri
bersepi-sepi dengan Ilahi
tinggalkan sebentar hiruk-pikuk ini
agar kekuatan itu bisa kembali
^__^
kesahkah aku?
ku tinggalkan soalan ini untukmu.
melodi jiwa
kesah kisah
1420pm
25021434
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
:)
ReplyDeletesubhanallah.
akak comel.
*senyumindah*
Delete^______^
ilham dariNya
Alhamdulillah