"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Friday, 11 January 2013

En. Bintang dan tangan

"siapa ingat ayat al-Quran yang pasal tangan-tangan manusia tu? Yang kerosakan disebabkan oleh tangan-tangan manusia" tanya En.Bintang sambil meng"scroll" handphone nya.

Jeda. Tiada respon dari semua.

'Huu tak ingat surah apa..' monolog ku kecewa sambil belek-belek aQ.

"tak ingat?"

Geleng.

"rumah siapa tak de air?"

erkk?? 'ada kaitan ke'

"kenapa tak de air?"

senyap lagi. aku masih cuba mengaitkan tangan-tangan tadi dengan tak de air.

"tak de air sebabbb ada yang tutup kepala paip tu. betul?"

angguk-angguk

"sebab apa? sebab tangan. Tangan kita ni... Tutup kepala paip je. Sabotaj kerajaan Negeri Selangor."

eh.. sabotaj? eh.

"Tangan kita ni. Allah dah kata sebab tangan-tangan kita lah berlakunya kerosakan di muka bumi ni. Hantar sms itu ini yang menyakitkan. Sebab tangan-tangan ni la orang saling berbunuhan. Tangan. Benda simple je. Boleh rosakkan bumi. Betul tak?"

Angguk-angguk.

************************

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
30:41
 
Satu ketika dahulu, ketika mula berkenalan dengan ayat ini saya hanya membayangkan kejadian-kejadian yang besar dan luar jangka seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir kilat dan yang seangkatan dengannya. Disebabkan tangan-tangan kita yang ingin memajukan negara, maka banyak bukit-bukau, gunung-ganang ditarah untuk pembangunan. Hasilnya, terjadilah gempa bumi, tanah runtuh dll. Dengan izin Allah juga. Ya. Disebabkan tangan-tangan manusia. Tangan-tangan kita.
 
Semalam, alhamdulillah. Satu pencerahan bahawa, yang kecil itu merupakan satu kerosakan juga yang kita manusia menganggapnya enteng. Huu..
 
Tutup kepala paip. Tiada air disalurkan kepada penduduk. Tidak cukup air bersih untuk kerja-kerja harian. Penduduk jatuh sakit. Tidak datang kerja. Tidak pergi sekolah. Produktiviti negara terganggu disebabkan oleh tangan yang menutup kepala paip. Benda kecil kan? Tutup kepala paip je. Bukan pergi campak bom kat pasaraya pon. Huuu...
 
Kita kan hidup saling memerlukan. Cuba bayangkan kalau nelayan mogok seminggu tak nak turun laut. Ok ok. Kalau tak pun...pak cik drebar lori yang bawak ikan tu mogok seminggu tak nak hantar ikan ke pasar borong. Ermmm... kalau tak pun..mak cik pak cik yang berniaga kat pasar borong tu cuti tak nak meniaga. Semua pasar borong tau!! Apa jadi? Erm....
 
Teringat satu artikel dalam Diari Muslimah 2013 yang dihadiahkan oleh adinda dari Pulau Mutiara. Tentang satu klik yang akan membinasakan dan mendatangkan puluhan dosa. Na'uzhubillah. Seperti yang En.Bintang nyatakan di atas. SMS itu ini yang menyakitkan. Satu klik itu boleh jadi membinasakan boleh jadi mendatangkan puluhan pahala. Itu pilihan. Pilihan yang kita pilih untuk meneruskan. Pilihan agar tangan ini menjadi punca kerosakan atau pencetus perubahan meningkatkan iman.
 
Erm... Mungkin juga lakaran minda di laman sempit ini pernah menyakitkan hati kalian.
Maaf andai ada tinta yang menyebabkan kalian berduka. -_-
 
Alhamdulillah untuk semalam.
Alhamdulillah untuk hari ini.
Alhamdulillah untuk masa depan yang belum diketahui.
 
^__^
 
**************
 
"Kenapa? sedih sebab orang tak hargai kita? Allah tahu. Allah tahu betapa kita ikhlas melakukan itu semua. Allah tahu betapa kita dah memaafkan dia. Allah tahu segala pengorbanan kita. Allah tahu. Mustahil Allah tak tahu. Jadi, tak kan Allah nak biarkan? Allah tahu itu semua. Biarkan manusia tidak menghargai. Allah itu tahu segala-galanya. Allah akan ganjarkan. Tak kan Allah nak sia-siakan setiap pengorbanan. Kita ni kalau hidup semua kembali kepada Allah, kan mudah." En. Bintang 
 
 
".......Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
2:156
 
 
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^