"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Wednesday, 16 January 2013

Doa mereka

"Tok sah risau sangat la kalau anak-anak Hajjah nakal. Lumrah. Bebudak. Macam tu la. Fitrah depa lagu tu. Doa. InsyaAllah doa Ibu bapa ni berkat. Sat sat lagi depa ok la tu. Teruskan berdoa na.."
 
angguk-angguk.
 
"Kan tiap-tiap lepas solat kita selalu baca rabbana hablana min azwaajina wa zurriyyatina qurrata a'yun waj'alna lilmuttaqiina imama.. Kan kita minta tu. Kita minta anak-anak sebagai penyejuk mata. InsyaAllah."
 
jeda.
 
"Doa ni, bukan kita ja baca. Tok nenek kita lama dah baca doa ni. Alhamdulillah. Macam ni la kita. Berkat doa depa juga. Teruskan berdoa Hajjah. Teruskan. Kalau tak dapat kat anak kita, mana tau kena kat cucu kita pulak. Mana la nak tau kot-kot cucu kita yang dapat jadi Imam Besar. Cuma rezeki kita ja dan ke dak tengok depa jadi Imam." senyum..
 
terdengar di hujung sebelah kanan saya ada yang tersedu.
'air mata! tahan. tahan. tok sah nak show off depan ustaz. malu aih.'
 
"Macam saya, Walid saya tak dan nak tengok saya jadi Imam Besar. Tak pa la.. Jadi Imam jugak. Dia tak dan nak tau yang anak dia dah jadi Imam Masjid Negeri bukannya Imam kat surau kampung. Saya nak dia rasa bangga jugak. Tapi dah sampai masa dia.. nak wat lagu mana."
 
"Kita ni jadi Ibu Ayah kena banyak doa untuk anak-anak. Doa kita berkat. Tak pa. Nak usaha sikit lagi bagi depa minum ayaq Yassin. Jangan la suh depa minum sorang ja. Depa tamau. Sungguh. Depa kata ayaq jampi ka apa. Ibu ayah minum la sekali. Ibu ayah pun kadang hati keras jugak. Bagi satu keluarga minum. Kalau ada bibik kat rumah bagi ja sekali."
 
"Dah! Sampai mana kita tadi? Ni la masalah Ustaz macam saya. Dok meleret masuk sampai bab anak-anak. Pasai apa tah tadi."
 
Seisi kelas mengurai senyuman.
 
Alhamdulillah.
 
Syukran atas selingan Ustaz.  
 
****************
 
tumblr
 
Benar. Doa mereka. Selalu saja saya kongsikan dengan rakan bahawa keberadaan saya sekarang ini adalah berkat doa dari Bonda dan Ayahanda. Rasanya sikit saja usaha yang saya berikan. Selebihnya doa mereka.
 
"Mak, doakan kakak supaya begini begini begini begini ya....? Erm... lagi doakan juga biar kakak dapat ini ini ini ini ini.. tau..tau..tau...doa Mak kan takde hijab."
 
"Iyaaa...tapi Kakak kenalah usaha jugak."
 
"Ya..tauuu..erm.."
 
Siapa lah saya tanpa doa dari mereka. Siapa lah saya jika doa mereka tiada. Ayahanda walau kurang bicaranya namun kasih sayangnya tetap terasa.
 
"Doa ni, bukan kita ja baca. Tok nenek kita lama dah baca doa ni. Alhamdulillah. Macam ni la kita. Berkat doa depa juga. Teruskan berdoa Hajjah. Teruskan. Kalau tak dapat kat anak kita, mana tau kena kat cucu kita pulak. Mana la nak tau kot-kot cucu kita yang dapat jadi Imam Besar. Cuma rezeki kita ja dan ke dak tengok depa jadi Imam."
 
masih terngiang-ngiang ayat di atas
 
*senyum*
 
teruskan berdoa
tak susah pun
teruskan berdoa
takde limit tempat pun
teruskan berdoa
takde limit waktu pun
teruskan berdoa
bila-bila je
teruskan
sungguh-sungguh
diulang-ulang
teruskan
 
kan Allah itu Maha Tahu
kan Allah itu Maha Mendengar
 
"Doa ni, bukan kita ja baca. Tok nenek kita lama dah baca doa ni. Alhamdulillah. Macam ni la kita. Berkat doa depa juga. Teruskan berdoa Hajjah. Teruskan. Kalau tak dapat kat anak kita, mana tau kena kat cucu kita pulak. Mana la nak tau kot-kot cucu kita yang dapat jadi Imam Besar. Cuma rezeki kita ja dan ke dak tengok depa jadi Imam."
 
#tak sabar nak pergi kelas malam ni. semoga ada perkongsian lagi. InsyaAllah.
#utagha, specky and lefthanded ^^
 
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

4 comments:

  1. Replies
    1. insyaAllah...
      kat mana-mana je leh dapat sesuatu untuk dikongsi bersama.

      ^__^

      Delete
  2. pastu share banayk2 tau!!

    Betul, kita nie entah cana tnp doa2 org tersayang. kadang kt perasan Allah makbulkan doa kita, padahal mintak pon x bersungguh..sebenarnye masa sama mak doakan sungguh2.bgn tgh malam nangis2 doa tok kt.. *rindu mama*

    kita nie belajar malas doa x bersungguh dosa banyak TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ojahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

      ok.. insyaAllah.. semoga Allah beri kekuatan dan peluang.

      betul. kita ni perasan je lebih. entah ye entah tidak doa kita makbul..memang rasanya dari dulu lagi..lebih2 lagi zaman study. rasanya time tu boleh pass exam sume sebab doa mak ayah. rasa tak usaha hebat mane pon. Alhamdulillah Allah izin juga jadi orang macam sekarang ni.. hihi..

      tape..ojah.. "sahabat..masih ada waktu utk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu.." eh nyanyi pulak

      rindu ojah.. ngeee

      Delete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^