"dah decide nak beli apa?"
"dah."
"bahagian pakaian lelaki kat bawah."
"ok."
beberapa bulan lepas
"awak kena belajar ikat neck tie ni. nanti kahwin senang. mana tau dapat suami manja macam depa semua ni harap isteri ja nak perbetui neck tie."
"erkk??"
'kot ye kalau dapat hat pakai neck tie everyday..kot kot dapat yang dok pakai uniform ja..'
"cantik la yang tu..."
"mana?"
"tuuu...pink!"
"alamak..harga.."
"brapa"
"seratus lebih..."
"cantik.."
"haila...tak pernah2 nak pening pikir neck tie. teringin belajar ikat gak one day ni.."
"betul.."
"haaha..kalau dapat yang g keja pakai neck tie hari-hari...entah-entah dap.."
"dapat yang hari-hari pakai jubah je.."
"aha..yang tu hadiahkan kopiah dan serban la..."
************
Sejak zaman sekolah.. [perlu ke semua angan-angan tu terhasil dari zaman sekolah ye..ermm..] tertanya-tanya macamana Abang pakai tali leher ye... selepas belek-belek baju sekolah, laaaaa.. rupanya ada getah. Tak aci betul. Tinggal pakai je dan letak bawah kolar baju. Tak la susah. Erm.. Tapi dari situ, ternyata keinginan untuk mengetahui cara mengikat tali leher berkobar-kobar. Tapi tak belajar pun. Memandangkan dalam family tade pun yang pergi kerja pakai neck tie. Makanya, tuntas, lantas keinginan itu terkubur begitu sahaja. Hi.hi.hi.
Bila dah kerja ni, baru tahu tak semua lelaki tahu ikat neck tie yang diorang pakai tu. Nampak je smart rupanya isteri diorang yang tolong ikatkan. Bila ikatan tu terlerai, dah kalut. Memang terkial-kial nak betulkan. Hailaaa wahai en.suami. [teringat scene Jaya Bachan tolong ikatkan tali leher kat Amitabh Bachan yang dia tarik kerusi tu sebab tak sampai sebab suami dia tinggi sangat. Ingat? Filem Kabhi Kushi Kabhi Gham] haha...
Dan...sejak ada part time job kena cari hadiah ni...memangla..masih belum pandai nak pilih hadiah untuk lelaki. Pusing...pusing...pusing...
akhirnya..
boleh la...
tak pandai..
eh...BELUM pandai..
hikhik
![]() |
| first time mungkinkah ada kali kedua? sudah.. sila kembali dari fantasi. >.< |
"dah?"
"dah! yang ni.." ^__^
"tengok!"
"apa??"
"mesti ada pink ke?"
"eh...ya la... heee...cantikk.."
-the end-
*nota tongkat belacu saya
ok. ini merapu je. MERAPU!!
**nota tongkat double stand belacu saya
sedang membayangkan -----> bagaimanalah rupanya jika ayahanda berkemeja lengan panjang dan mengenakan tali leher ye? Waah...pasti ganteng bergaya sehingga buat bonda berjaga-jaga. Oh! Ayahanda.. *kiss pipi kiri kanan*
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

comel je entri ni..
ReplyDeletetersengih2 baca..
tak pernah ada pengalaman beli necktie. huhuh. & kali terakhir ikat necktie masa sekolah dulu2 jd prefect. skrg serius tak tahu.. main belit2 je..hehehe.
hihi...
Deletebiasa biasa je..
akak lagi la tak pernah pakai necktie..xtau nak amik sapa punya..dok perati abang2 kat opis ni pakai je..
^__^
nati nak kene blaja tuk pakaikan kat anak bujang ^^v