"novel yang saya tengah baca ni? Adeiihhh."
*pedih*
Kalau dihitung tambah tolak bahagi darab kuasa dua punca kuasa semua..novel-novel plus buku-buku motivasi kat mahligai ayahbonda ni dah mencecah RM ribu kot. Itu belum tambah buku-buku belajar di universiti yang harganya cecah hampir ratus setiap satu. ==" tapi tak pandai gak anakanda ayahbonda ni.. =.= merapu je lebih...
| ok. sila abaikan benda-benda merapu kat sekitar-sekitar tu.. gambar diambil pada aidilfitri 1430H |
eh..eh...eh....tu belum ditambah dengan buku-buku, novel-novel dan majalah-majalah yang dibeli secara berkala pada setiap bulan...siap dah ade mini library kat puzzlehouse di Bandar Anggerik..pening-pening housemate. =="
ok..bukan nak cerita pasal koleksi saya yang berharga ni...
x yah baca novel dah! cite hidup kita ni pun dah macam novel...lebih kurang macam tu la kata cik Ct.
huh! betul.benar.alahai...
sejak dari alam remaja (sekarang pun remaja gak yer!) hingga sekarang ni dah pelbagai novel yang di baca, di hadam di ulang baca di ulang ingat dan di ulang ulang ulang dan ulang. Setiap novel punya penceritaan berbeza. Punya ibrah yang boleh diambil. Ada titis air mata yang merentap jiwa. Ada ilmu yang boleh diaplikasi. Ada.ada.ada.ada.ada. Macam-macamlah..
Dan secara jujurnya setelah bertahun-tahun membaca pelbagai kisah, ada cebisan-cebisan dalam novel ini terjadi dalam kehidupan sehari-hari. Ada pada diri, ada pada sahabat-sahabat sehati. Allah! Benarlah. Allah akan menguji. Allah menguji tidak akan berhenti. Selagi roh mendiami jasad ini. Allah uji apa yang kita kata. Allah uji apa yang kita tinta. Allah uji apa yang kita baca. Ya. Allah akan uji. Melihat sejauh mana kita mengaplikasi. Melihat sejauh mana ilmu diguna dalam amalan setiap hari. Melihat sejauh mana iman ini bisa bertahan. Ya. Allah sentiasa menguji.
Teringat perbualan bersama seorang sahabat di hujung talian. Dia mengatakan "kadang-kadang rasa nak diam je, tak nak cakap apa-apa. Takut Allah uji apa yang kita kata." Ya. Benar. Diam. Diam. Diam. Tak perlu kata apa-apa. Tak nak kata apa-apa. Allah! Namun sejauh mana mulut ini mampu terdiam sahaja. Sampai bila lidah ini kelu tidak berbahasa. Sampai bila? Kita dicipta bukan untuk diam. Bukan. Bukan.
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." 3:104
Perlu terus sebarkan bahagia. Perlu terus sebarkan cinta. Kan Cinta yang sebenar-benar cinta itu membawa kita ke syurga? Ke Bumi Cinta-Nya? Tak kan nak diam je. Ya. Adakala diam itu perlu. Pada waktu-waktu tertentu. Mukmin itu diamnya berfikir tatkala berkata mereka berzikir. Allah!
Ya. Engkau sedang menguji apa yang aku baca dan telah baca. Engkau menguji apa yang kami baca dan apa yang telah kami baca. Tautan Hati, Syabab Musafir Kasih, Denyut Kasih Medik, Salju Sakinah, Pemilik Cintaku, Sebarkan Cinta, Sinergi, Takdir, Hero, Jaja & Din, Bumi Cinta dan banyak lagi. Ya. Engkau sedang menguji. Ujian tentang ukhwah, persahabatan (Sinergi super duper best pasal ukhwah!) Ujian menyebarkan dakwah (Tautan Hati. Denyut Kasih Medik, Hero dll. Membuka hati-hati mencari Cinta-Nya) Ujian tentang pendamping diri (Pemilik Cintaku, Tautan Hati, Sebarkan Cinta) Allah! Allah! Allah!
| tidak ketinggalan novel-novel ini. |
Segala yang terjadi bukan saja-saja. Segala yang terjadi bukan sia-sia. Ada sebab kenapa Allah gerakkan hati-hati kita untuk baca novel-novel ni. Ada sebab kenapa kita yang terpilih untuk baca novel-novel ni.. Ada sebab...Ada..Sesungguhnya ada..
Setiap ujian yang menimpa jangan tanya kenapa aku? Tapi katalah Allah telah memilih aku. Aku terpilih.
Ya. Allah telah memilih saya. Allah telah memilih kita. Allah telah memilih kalian sahabat-sahabat saya. Allah tidak melakukannya saja-saja sayang. Tidak. Tidak. Semuanya tanda kasih kepada kita. Cintanya Dia kepada kita. Saaaaaayaaaaaaaaaaanggggggggggggggnya Dia kepada kita.
"Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas (karunia) yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang," 6:165
Sahabatku sayang, novel cinta kita dalam mencari cinta Pencipta lagi menarik dan hebat berbanding novel-novel yang ada diluar sana. Lebih indah lebih air mata dari apa yang kita telah baca. Sebab penulisnya adalah Allah Maha Kuasa yang mengetahui segala. Segala tentang kita. Cumanya novel cinta kita ni tak leh la nak selak page belakang sekali tuk tahu ending kan? Tapi, kita tahu ending kita semua nak bersama di Syurga kan? Allah telah menjamin rezeki kita. Allah dah jamin. Tapi Allah tak jamin Syurga untuk kita. Syurga ada memang tuk kita. Tapi kita kene usaha. Usaha. Usaha.
"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurnia Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." 57:21
Novel cinta kita lagi best..
Novel cinta kita lagi hebat..
Cebisan-cebisan kisah kita ada dalam novel-novel yang kita baca. InsyaAllah. Happy Ending semuanya ya...
Semua akan indah bila tiba saatnya.
Kata cik Ct lagi...kita masih ada waktu untuk memilih. Kita ada kuasa untuk memilih.
Ya..
Semoga pilihan kita adalah pilihan Allah juga.
Semoga novel cinta kita sentiasa diiringi oleh redha-Nya.
Novel Cinta Kita.
** Sedang larut dalam angan Kemilau Mutiara Raudhah.. Kisahnya mengingatkan saya kepada sahabat itu. Ada sedikit persamaan di situ.
** Ya Novel Cinta Kita....tetap indah kerana ukhwah kita Lillah...ingin bersama di Jannah.
~bersangka baik dengan Allah setipa masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^