Bismillahhirrahmanirrahim..
Awan : Matahari, izinkan aku bertanyakan sesuatu?
Matahari : Oh, tentu saja. Ada apa Awan?
Awan : Kenapa aku susah sekali untuk melakukan sesuatu?
Matahari : *senyum* Belum cukup ikhlas mungkin.
Awan : *diam* Aku sudah berusaha untuk ikhlas. Tapi masih tak berjaya. Aku masih sangat rindu pada Hujan. *nada makin sayu*
Matahari : Kalau Hujan dengar apa yang sedang kamu bicarakan, pasti dia akan bersedih hati, kan Awan?
Awan : *diam lagi* Apa aku ini sangat mengecewakan?
Matahari : Kamu rasa kamu mengecewakan atau tidak?
Awan : Aduh, Matahari. Kenapa kamu terus-terusan membalas soalan dengan soalan? Aku hanya ingin berkongsi rasa. Tapi hanya pada yang sudi mendengar.
Matahari : Itu tandanya aku mahu memberi kamu ruang untuk berfikir sendiri. Mengerti? Kamu sendiri yang sudah katakan pada Hujan, kadangkala ketidakbersamaan itu lebih baik. Bukan? Kerana kita terlalu kerdil untuk menduga perancangan TUHAN. Aku jadi saksi kata-katamu kepada Hujan, dan juga kata-kata Hujan kepadamu.
Awan : *sebak tak mampu kata apa-apa*
Matahari : Kuatkan dirimu Awan. Kamu tahu Awan, betapa Hujan berusaha untuk tidak bersedih di hadapanmu. Betapa dia kuatkan diri saat bersamamu. Siapa yang mahu melepaskan apa yang kita sayang? Tidak ada satu pun yang mahu itu Awan. Bukan kamu sahaja yang menanggung sakitnya sebuah kehilangan. Dia juga merasakan hal yang sama, Awan. Dia kuatkan dirinya dihadapanmu semata-mata kerana dia tidak mahu kamu makin lemah dan bersedih. Tidak bolehkah kamu juga melakukan hal yang sama untuk dia? Langit ada sampaikan pesanku pada kamu?
Awan : Ada.
Matahari : Baik. Cuba ulanginya kembali. Aku mahu dengar.
Awan : Kuatkan dirimu, untuk kuatkan orang lain.. *airmata jatuh*
Matahari : Kamu lebih kuat dari yang kamu sangkakan Awan. Kamu harus ingat itu. Kamu tahu kenapa aku sangat suka ayat itu? Cuba kamu fikir, kalau aku sendiri lemah dalam memberi cahaya kepada semua makhluk, bagaimana mungkin mereka menjadi kuat. Bagaimana mungkin hari siang akan sempurna. Bagaimana mungkin Bulan bercahaya. Itu hebatnya TUHAN kita. Subhanallah!
Awan : Matahari.. kamu ini, tak pernah kalah untuk menyentuh hati. Kamu tahu Matahari, kamu adalah 'dia' yang aku kagumi dalam diam. Ah, aku tersasul bicara. Sudah tidak ada 'dalam diam' lagi. Hmm..
Matahari : Bukan aku yang menyentuh hatimu, bahkan ALLAH yang menyentuhnya terlebih dahulu. Sempat lagi kamu Awan.. *gelak kecil*
Awan : Terima kasih.
Matahari : Terima kasih untuk apa?
Awan : Untuk tarbiyah ini.
Matahari : Bukankah kamu juga yang bilang, ini bukan tarbiyah dari aku, tapi..
Awan : Tarbiyah dari aku punya TUHAN. *senyum sambil kenyit mata (oh,mata sedang berair)*
Matahari : Allahhuakhbar! *senyum bahagia sambil memanjat syukur kepada DIA*
"Ya ALLAH, kuatkanlah aku ini.." :')
yang terdahulu di sini
"Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama.........." 98:5
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^