Ini cerita tentang sahabat, rindu dan doa....
Bila mana kerinduan terhadap rakan-rakan menjelma. Saya akan membelek-belek apa yang akan membawa saya semula kepada mereka. Selain melihat foto-foto kenangan dan buku-buku kuliah, buku biodata akan menjadi tatapan. Bila semester dah semakin hampir berakhir, buku biodata akan jadi assignment untuk rakan-rakan. Masa ni la nak kumpul maklumat masing-masing. Ada yang letak gambar, lukisan dan macam-macam lah ikut kreativiti. Apa yang menarik perhatian saya dan mengubat rindu di jiwa ialah ucapan-ucapan yang di tujukan khas untuk tuan punya buku beserta rangkaian doa yang pelbagai. Terima kasih atas doa. Harapnya semua doa itu datang dari hati yang tulus ikhlas. emmm..paling banyak doa dan ucapan adalah doa semoga bertemu jodoh...hehehe....semoga semua selamat la yer....
Dan petang tadi saya terjumpa kata-kata ini;
Ya.. benar. kita tidak tahu. Boleh saja peminta sedekah di kaki lima jalan itu akan mendoakan kita hanya dengan RM1 yang kita dermakan. Lalu Allah mendengar dan makbulkan. Siapa tahu kan..
Sedikit nukilan sahabat-sahabat dari buku biodata..
| Siti Syuhada ni dah terlebih rajin.. terima kasih utk lagu kesekian kali ni.. |
| En. Muslimin sudi juga menukilkan sebaris dua kata rindu jugak kat kitorang rupanya |
| Balqis ratu sabak - syukran atas pengisian sepanjang usrah |
| Ct Hafizah cik inspirasi speechless |
| Siti Aliza suka sangat kata-kata ni |
| Nur Hazwani a.k.a awin so sweet |
| Norainiah sudah lama tidak mendengar khabarmu |
| Hanifah Hanis masihkah kau ingat kita bercerita apa yg terbuku di hati di tangga blok pada jam 2 pagi..? |
** rindu itu perit..ye..sakitnya memendam rindu..salurkan rindu itu dengan berbicara dengan Ilahi
** rindu itu anugerah..
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^