cuma adakala keliru dengan hati sendiri
mencari tahu kemudian hati pilu
diam membatu hati pula merindu
lalu diputuskan berhenti sebentar
rehat dari segala yang membuat gusar
tiada sebarang kata yang di lontar
tekad ini benar-benar tegar
bukan merajuk bukan mahu dipujuk
hanya menyelami segala rasa yang menjeruk
menyendiri menyepi
membatu membekukan diri
bukan mudah setelah lama menjelma
kini tiba-tiba sepi tanpa bahasa
bersembunyi kala alam masih ceria
berselindung kala terang bersuluh cahaya
sesak menahan jiwa meronta
ingin kembali seperti biasa
berbicara berkata bermadah menyampaikan berita
berkongsi ilmu bingkisan kepada semua
namun mengapa hati masih membatu
degil keras diam membeku
apa yang meracuni hingga terkulai layu
tidak memberi seperti dahulu
adakah masih perlu waktu
mencerna menghadam segala yang berlaku
sampai bila perlu menunggu?
tiada jawapan untuk itu
melodi jiwa
rontaan kian layu
7 Rabiulawal 1433H
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^