![]() |
| marahkah dengan dunia? terasa hatikah dengan tingkah mereka? sedihkah dengan apa yang melanda? atau merajuk dengan Tuhan yg Esa? Allah... Allah.. Allah.. |
Seandainya segala kenangan yang tidak diingini itu boleh di DELETE dengan hanya satu KLIK!
Namun ianya bukan semudah KLIK KLIK KLIK seperti di pc.
Allah ingin mengajar tentang TABAH dan SABAR.
Segalanya perlu didepani walau SAKIT walau PERIT.
Kerana keSAKITan dan kePERITan itulah yang mematangkan diri untuk mendepani hari-hari.
Mendepani hari-hari yag datang bersama DUGA dan UJI bukan mudah.
Andai tiada pengalaman di DUGA di UJI sebelum ini.
SABARlah.
CEKALlah.
Teruskan melangkah.
Kekallah berdiri.
Andai jatuh bangkit kembali.
Andai jatuh lagi bangkitlah.
Teruskan. Teruskan.
Teruskan perjalanan.
Hidup bukan jalan lurus.
Tapi dipenuhi liku dan duri.
"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?" 29:2
berhenti mempertikai sahabat. berhentilah. aku sakit mendengar esak tangismu. sungguh aku sakit. mendengar kau menangis tersedu-sedu mengadu padaku. namun sahabat hakikatnya aku lebih sakit mendengar kau mempertikai. kenapa asyik aku? kenapa aku saja yang diuji? kenapa? kenapa?
Allah... Allah.. Allah..
jangan begitu.. tolong jangan katakan begitu. tolong. aku merayu.
sebelum Allah menurunkan ujian DIA telah menyiapkan kita dengan selengkap-lengkapnya untuk menghadapi ujian itu. bukankah Allah berkata:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." 2:286
Allah..Allah..Allah..
bukan kau saja. bukan aku saja. semua kita diuji. cumanya..
ujian kita berbeza rupa dan warna.
namun solusinya tetap sama.
kembali pada-Nya
pasti tidak kecewa.
apapun yang diuji.
kita diberi akal untuk memilih.
kita ada Tuhan untuk merintih.
sebenarnya Tuhan rindu mendengarkan rintihan mu berpanjangan
mengharap hanya pada Nya bukan manusia
kembalilah pada Dia
mungkin saja ujian ini sebagai penghapus dosa
sebelum kita semua kembali ke sana
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^