![]() |
| berat melepaskan sakit membiarkan namun indah dgn cinta Tuhan |
Assalamu'alaikum..
sahabat yang dikasihi kerna Ilahi..
seperti yang diketahui, aku telah berhenti menghubungi dan aku harap dia tidak cuba untuk menghubungiku lagi.
Sakit. Sesak dada menahan derita rindu gelora.
delete all d messages
erase all d memories
sakitnya...
peritnya...
hati merintih...
jiwa menangis...
Ya sakit. Ya perit. Walau perkenalan tidak lama. Namun ada bahagia menjelma tika saling berbalas kata. Walau hanya sepatah yang dibicara. Walau hanya smiley yang mewakil kata. Ada gembira. Ada tawa. Ada senyum penuh makna. Sehingga membuatku ternanti-nanti balasan mesejnya. Siang ke malam. Malam ke pagi. Membawa pula ke esok hari. Hari terisi dengan mesej yang tiada henti.
Allah. Allah. Allah.
Ya Allah.
Apa yang aku lakukan? Menzalimi diri. Berbuat dosa. Berhubungan dengan dia yang ajnabi. Hancur benteng yang kupertahankan selama ini. Runtuh tembok pemisah yang kubina bertahun kebelakangan ini. Ya Allah andai bakal zaujku mengetahui adakah si dia masih sudi mengambilku menjadi suri hati? Gagal mempertahankan prinsipku. Tewas dengan bicara manis itu. Apa yang dilindung sedikit sebanyak telah membuka pekung. Zalimnya aku akan diriku. Mulut lancar menyatakan cinta pada Tuhan ku dan Tuhan mu. Dalam diam hati tidak henti menyampaikan sayang dan rindu pada bakal zaujku. Namun kini apa yang berlaku? Segalanya punah atas khilafku sendiri.
Ya Allah.
Mohon untuk tidak menghubungi ku lagi...
Ini bagi menjaga hati.
Bukan hatiku saja.
Namun hatimu jua.
Hati ini hanya milik Mu.
Seksanya menyatakan. Pedihnya memutuskan. Namun demi cintaNya. Aku melepaskan. Hati dan rasa. Suka dan tawa. Gembira dan bahagia. Sakit. Sakit. Teramat sakit. Tiada lagi mesej yang menghubungkan. Tekad ku petang itu benar-benar tegar. Habis ku delete segala mesej yang memenuhkan peti masuk telefon bimbitku. Beratus-ratus mesej. Ya beratus-ratus. Allah!! Tiada lagi kenangan di telefon ini. Yang ada hanya didalam hati. Biarlah dia pergi. Aku masih ada Allah disisi. Masih ada sahabat yang setia menanti. Walau hakikatnya kekosongan hati ini tidak sama jika diisi dengan sahabat sejati itu sendiri. Tunggulah sampai waktu. Sabarlah pada detik yang ditentu.
Menangis ku menahan pedih kerana memutuskan. Menangis ku menahan perit kerana tiada lagi yang menghantar pesanan. Merintih ku mengharap pengampunan Tuhan. Kecewa dengan diri kerana mudah hilang pedoman. Gagal mempertahankan janji yang pernah aku pahatkan.
Menangis ku menahan pedih kerana memutuskan. Menangis ku menahan perit kerana tiada lagi yang menghantar pesanan. Merintih ku mengharap pengampunan Tuhan. Kecewa dengan diri kerana mudah hilang pedoman. Gagal mempertahankan janji yang pernah aku pahatkan.
Bakal zaujku, maafkan atas khilafku. Saudarimu ini tidak setia menanti hadirmu. Malu aku padamu. Mungkin saja saudara sedang bersiap untuk menjemputku. Namun saudarimu ini curang dalam menjaga hati. Malu aku pada Tuhan kita. Mengharap hadirmu dalam doa setiap waktu. Namun saudarimu ini terleka dengan kaummu sendiri. Maafkan aku bakal zaujku. Andai saudara membaca janganlah berpaling hati. Janganlah saudara memaki caci. Kerna saudarimu ini khilaf tanpa disedari. Sungguh aku malu dengan diriku sendiri.
Ya Allah.
Sakit.
Perit.
Tapi lagi sakit jika Engkau tidak sudi memandangku dengan kasih sayang Mu. Lagi sakit jika Engkau tidak lagi mempedulikan aku. Lagi sakit jika Engkau tidak mentarbiahku begini. Allah. Allah. Allah.
Sudahlah.
Ketepikan kisah silam itu.
Ia pengajaran berharga.
Bangkitlah semula.
Rahmat Tuhan itu lebih luas dari angkasa raya.
Allah. Bantu aku bangkit semula.
Allah. Bantu aku untuk senyum seikhlas rela.
Allah. Bantu aku redha dengan segalanya.
Allah. Engkaulah satu yang mencintaiku sebenar-benarnya.
Bukan mereka. Bukan dia.
maafkan aku
maafkan aku
sahabatmu,
******************
ya..sakit..saya pernah merasa.
ya..perit..menahan rindu itu semua.
sabarlah sahabat.
sabarlah sampai masa.
tidak lewat. tidak cepat walau sesaat.
Allah itu pemegang janji.
Janji yang tidak akan dimungkiri.
Ya Allah.
Sakit.
Perit.
Tapi lagi sakit jika Engkau tidak sudi memandangku dengan kasih sayang Mu. Lagi sakit jika Engkau tidak lagi mempedulikan aku. Lagi sakit jika Engkau tidak mentarbiahku begini. Allah. Allah. Allah.
Sudahlah.
Ketepikan kisah silam itu.
Ia pengajaran berharga.
Bangkitlah semula.
Rahmat Tuhan itu lebih luas dari angkasa raya.
Allah. Bantu aku bangkit semula.
Allah. Bantu aku untuk senyum seikhlas rela.
Allah. Bantu aku redha dengan segalanya.
Allah. Engkaulah satu yang mencintaiku sebenar-benarnya.
Bukan mereka. Bukan dia.
maafkan aku
maafkan aku
sahabatmu,
******************
ya..sakit..saya pernah merasa.
ya..perit..menahan rindu itu semua.
sabarlah sahabat.
sabarlah sampai masa.
tidak lewat. tidak cepat walau sesaat.
Allah itu pemegang janji.
Janji yang tidak akan dimungkiri.
**perkongsian bersama atas kerelaan yang empunya diri
**semoga tabah menghadapi hari-hari
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~


itu pilihan anda. tiada kena mengena dengan sahabat.
ReplyDeletemaaf!! saya tidak paham dgn komen yg saudari utarakan.
ReplyDeletesaya hanya berkongsi apa yang diceritakan.
setiap yg berlaku dlm hdp adlh pilihan dri sndri..
ReplyDeleteya..hidup sentiasa perlu membuat pilihan.. stp hari stp masa.. semoga segala pilihan yg dibuat didalam petunjuk yang Allah ilhamkan..
ReplyDelete