"assalamualaikum. syg kamu. take care"
seawal pukul 7 pagi menerima mesej dari dia. tidak dijangka. tidak diduga. Saat hati gelisah resah tiada daya. Allah kirimkan dia menyejukkan rasa. Alhamdulillah. Lalu aku bertanyakan;
"wa'alaikumussalam. r u ok?"
Kerana agak musykil tiba-tiba hantar mesej sedemikian rupa. Dan dia menjawab;
"haha. ok la. sj je msj mcm tu. mcm dah lame x contact. hv a nice day ya"
emmm...benar. sudah agak lama juga kami tidak berhubung. di twitter, fb mahupun sekadar berbalas pesanan ringkas. pertemuan yang diatur hampir sebulan lalu tidak dapat dilakukan atas beberapa kekangan. Allah masih belum mengizinkan. Ya, saya merinduinya. sudah terlalu lama tidak berjumpa. sudah terlalu lama tidak mendengar bicara suaranya.
teringat detik-detik pertemuan kami. bertemu berpisah dan bertemu semula di tempat yang tidak dijangka. nun jauh di utara. padahal kami berasal dari tempat yang sama. kuasa Allah. Dia yang mengatur segala.
saya menanti untuk bersama dia mengatur hari bahagia. semoga Allah permudahkan urusanmu.
![]() |
| tidak perlu di depan mata sepanjang masa cukuplah dengan memori yang kita pernah bersama |
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^