Dua hari berada diluar daerah sekaligus meninggalkan bandar anggerik atas urusan kerja amat mengujakan.Bersyukur atas peluang yang diberikan. Jika mengikut jawatan dan tugas hakiki, diri hanya perlu berada di pejabat sepanjang masa menguruskan segala perkara. Alhamdulilah atas peluang. Alhamdulillah atas nikmat.
Baru sahaja pulang dari mahligai ayahbonda, perlu pula mengemas untuk ke luar daerah. Dalam 2-3 minggu ni asyik pack barang je. Nomad tak kira di mana. Rumah juga pejabat. Meninggalkan pejabat dalam keadaan tunggang langgang akibat berpindah ke tempat baru amat merimaskan. Namun kerja luar ini amat menyeronokkan. Dapat lari sebentar dari berada di pejabat. Lari sebentar membawa hati dari segala yang membelenggu jiwa. Bercuti juga la konon-kononnya bersama ibu Harith, ibu Nazheef dan practical trainee. Sangat teruja menempah chalet untuk menginap lebih-lebih lagi ianya mengadap laut. Selat Melaka. Subhanallah. Indahnya.
Melihat keindahan sawah padi yang menguning. Burung-burung yang berterbangan mencari pohon untuk berteduh. Mendengar deruan ombak yang memukul pantai. Merenung matahari terbenam kala senja menjelang. Melihat nelayan pulang dari laut. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Hidup ini saling melengkapi. Hidup ini saling mempesona dengan segala yang Allah kurnia.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal". 2:164
Selama dua hari bersama banyak cerita yang dikongsi, pengalaman dari ibu-ibu yang pelbagai. Cerita-cerita mereka yang mengujakan dalam melayari bahtera kehidupan, antara kerjaya dan rumahtangga. Antara peranan sebagai ibu dan isteri. Antara kasih untuk permata hati juga suami. Menahan rindu mengorbankan masa meninggalkan anak-anak dan suami yang dicintai. Tidak lupa juga nasihat yang diberi andai sudah bertukar status suatu hari nanti. ^_^ Terima kasih.
Terlalu singkat rasanya. Dalam perjalanan pulang sambil menikmati sawah padi yang menguning terlontar kata-kata ini.
"saya tak nak balik! nak tinggal sini."
| membawa hati mengembara meniti mimpi mengharap kasih Ilahi walau kemana kaki menjejaki |
Benar. Jauh di dalam sudut hati, saya tidak ingin pulang ke bandar anggerik. Tinggalkanlah saya disini. Biarkanlah saya menikmati keindahan alam ini sekejap masa lagi. Biarkanlah saya memujuk hati dengan segala yang terjadi. Larikan diri dari tugas hakiki. Biarkanlah saya mengubati hati dengan pesona alam ciptaan Ilahi. Saya benar-benar ingin tinggal sedikit masa lagi. Benarkanlah. Biarkanlah. Tinggalkan saya disini :'(
Namun itu hanya monologku sendiri. Tidak terluah. Tidak terlafaz. Tidak akan diendah. Sejauh mana pun kaki berlari membawa hati pergi, diri harus juga kembali. Tempatku bukan disini. Di bandar anggerik ada yang lebih perlu. Memerlukan kudratku. Memerlukan sumbangan baktiku. Harus akur. Perlu pulang walau hati masih belum rela berhadapan dengan bandar anggerik semula.
Ya. Hari jumaat lalu hanya jasadku yang ada. Hati masih tertinggal disana. Masih terbayang-bayang deruan ombak, pantai yang memutih, sang mentari yang mengundurkan diri, Selat Melaka yang mendamaikan hati.
Suatu hari nanti mungkin akan kesana lagi. Menikmati alam dalam suasana yang berbeza.
"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang ingin kamu dustakan?"
Kembali semula ke bandar anggerik. Tempat mencari rezeki. Harus terus melangkah walau apa yang menggugah. Semangat, kembalilah!!!
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^