![]() |
| menjauh dan bersembunyi masihkah kau ingat pada terasing dan sinergi? |
Tidak pernah membenci walau aku berdiam diri
Tidak pernah menjauhi walau aku bersembunyi
Tidak pernah jijik dengan apa yang dilontar
Kerana mungkin saja manusia khilaf tanpa sedar
Aku tidak dapat menipu diri
Ya, ada sedikit kecewa
Ya, ada sedikit marah yang menjelma
Namun ia tidak lama
Siapalah aku untuk menghukum
Siapalah aku untuk menghitung
Aku bukan maksum
Sedangkan dosaku juga tidak terhitung
Manusia itu perlu selalu diperingat
Lumrahnya alpa sering terleka
Aku juga manusia Aku juga insan biasa
Adakala kurang mengingat Adakala kurang menasihat
Tidak akan biar kau sendiri walau kau menjauhi
Tidak berhenti meminta agar kau kembali semula
Aku akan berusaha selagi terdaya
Kerna aku juga manusia khilaf selalu terleka
Kerna kau sahabat kita pernah bersama
Kerna kau sahabat yang memeterai janji untuk berjiran di syurga
Walau ku lelah adakala berhenti berusaha
Walau ada ketika putus asa menjelma
Namun akan ku tarik kau semula
Masihku ingat janji kita
Masihku simpan apa yang kau bicara
Kerna kau sahabat selamanya
Kerna kau sahabat mengajarku tentang agungnya DIA
Andai tidak sanggup lagi bersua muka
Cukuplah kau ingat kita pernah bersama
Andai tiada daya lagi bertentang mata
Cukuplah kau ingat kita pernah gembira seketika
Maafkan atas setiap keterlanjuran
Maafkan andai aku yang meninggalkan
Terima kasih atas segala peringatan
Terima kasih atas segala perkongsian
Namun tiada ku putus harapan
Tidak ku berhenti mendoakan
melodi jiwa
ketika kita menyepikan diri
20 rabiulawal 1433H
**masihkah kau ingat 51:55
**masihkah kau ingat 43:67
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

Ngehe.
ReplyDelete