Ironinya di laman ini saya tidak suka jarang untuk membicarakan persoalan kerja. Entah mengapa. Jika ada pun lebih suka berkongsi lewat madah-madah berhelah yang terilham tanpa dijangka. Tapi di entry kali ni saya dengan rasa agak SENTAP suka hatinya ingin berbicara soal kerja.
![]() |
| gaji x sampai RM*k? ^__^ |
Sejak memasuki alam pekerjaan, entah kali keberapa soalan itu diajukan. Rasa rendah diri x tau nak kata apa. Macam tak perform pulak study rasanya.. huhu..
gaji akak brape?
???
x sampai RM*k ker?
<geleng kepala>
brapa thn dah akak keje?
* years...
haa?
dah *yr keje gaji belum cecah RM*k..
mmm..
n akak belum ada kereta..
<terkebil-kebil melihat dia..>
u should find another job la kak..
mmm..
n akak belum ada kereta..
<terkebil-kebil melihat dia..>
u should find another job la kak..
????
cukup ke ngan gaji byk tu skrg ni?
Alhamdulillah... ^_____^
emmm..<angguk2> lagi pun akak x guna kereta
^__^ senyum
emmm..<angguk2> lagi pun akak x guna kereta
^__^ senyum
![]() |
| you should find another job la kak! huh.. <not as simple as that la dik..> |
Saya tidak pasti bagaimana reaksi wajah saya di hadapannya ketika itu. Tapi apa yang pasti saya berikan dia sekuntum senyuman. Find another job? tukar keje? berhenti? cari kerja lain? sambung belajar? oh... oh... aduiy.. bondaaaa.. hmmm... Pertemuan petang itu dengannya yang tidak dijangka di blue building telah menimbulkan persoalan yang tidak dijangka juga dari mulutnya. Bila ujian berkaitan peribadi sudah menurun, ujian berkaitan kerja mula mencanak naik. Alhamdulillah. Allah sedang menegur. <positive...positive..positive..> ^___^
Kerjaya?
Ini adalah kerja pertama saya. Dan sebelum tamat belajar dahulu saya ada menyatakan ingin bekerja di sini kepada bonda tanpa mengkhususkan di bahagian mana. Alhamdulillah. Allah makbulkan. Alhamdulillah. Allah izinkan. Berkat doa bonda dan ayahanda juga rasanya. Teringat beberapa minggu lepas ketika saya meng'tweet' kata-kata dari gambar di bawah ini dari blog ini. Saya berkata kepada seorang sahabat apabila beliau me'retweet' kerjaya yang berkaitan dengan bidangnya bahawa tidak ada satu pun dari kerjaya yang tersenarai adalah kerjaya saya. Ada sedikit kemurungan tika itu. :') huhu..
![]() |
| Muslim itu multitasking. Ini hanya beberapa. Banyak lagi kerjaya yang boleh membantu ummah. Kerja itu menjadi ibadah jika segala niat disandarkan kepada Allah. |
Allah. Saya lupa. Saya lupa saya bekerja untuk apa untuk siapa dengan niat apa. Allahuakbar. Selepas beberapa minggu kisah tweet me'retweet' diatas terkubur lenyap sebentar dari fikiran, Allah memberi peringatan. Allah menjentik kekuatan. Allah menyedarkan. Melalui perantaraan. Rakan sekerja yang membuat perkongsian di laman kerja kami. Pada hari yang sama soalan tersebut diajukan. Allahuakbar. Ya Wadud. Ya Rahman. :') Alhamdulillah.
Nota: Makalah ini adalah respons penulis terhadap gesaan beberapa orang sahabat di ** agar menulis sesuatu tentang kita...yakni tentang amil. Harap dapat diambil pengajaran, khususnya buat diri penulis sendiri demi kebaikan bersama, amin.
Ini mukaddimahnya. Soalan saya, adakah anda seorang amil? Jika ya, anda perlu baca artikel ini sehingga khatam. Sehingga anda merasa puas. Sehingga ada faham, apa itu amil. Jika anda rasa anda bukan seorang amil, maka bacalah untuk menambahkan kefahaman. Insya-Allah, tidak rugi anda membacanya.
Tetapi, jika anda bekerja sebagai kakitangan di institusi zakat, maka mahu atau tidak, anda wajib membacanya. La budda. By hook or by crook. Anda tiada pilihan, kerana anda memang seorang amil, iaitu ‘amil yang diinstitusikan.’ Maka, anda kena membacanya juga. Pendeknya, kita mesti membacanya.
Tanpa mengira, sama ada anda seorang pemandu, anda pencari fail, anda seorang juruaudit, anda seorang pereka grafik, anda pembantu tadbir, anda pengurus, anda pegawai risiko, anda juruwang, anda setiausaha bos atau anda memang bos dan anda apa-apa sahaja hatta anda penjaga lif di pejabat zakat (jika posisi ini ada), selagi anda dibayar gaji dengan wang zakat, anda adalah AMIL!
Ya. Kerjaya saya tidak tercatat dalam gambar di atas namun, ianya termaktub di dalam al-Quran. :')
Allah.
Allah.
Amil atau dalam bahasa Arabnya عمل, bermakna bekerja. Dalam konteks fiqh zakat, amil ialah orang-orang yang bekerja di sektor zakat, sama ada mereka melakukan kerja-kerja mengutip zakat, menyimpan, melapor, mengurus dan mengagihkan zakat. Selagi pekerjaan mereka menyentuh kepentingan zakat, mereka dianggap amil.
Allah SWT meletakkan posisi amil di tangga ketiga dalam hierarki penerima zakat dan ini sekaligus melambangkan betapa pentingnya amil dalam hal-ehwal zakat: “Sesungguhnya sedekah-sedekah itu (zakat) adalah untuk para fakir, miskin dan para amil zakat (pengurus-pengurus zakat)...” (at-Taubah: 60)
Gaji menjadi ukuran?
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Satu ketika pernah mengimpikan untuk bekerja dalam suasana korporat. Pergi balik kerja pakai blazer. Bawak briefcase kemana-mana. Pakai high heel bersolek tak kira masa. Sudah tentulah ingin membina kerjaya di ibu kota. Membawa kereta idaman ke sini sana. Apabila pulang ke kampung, bonda ayahanda akan rasa bangga. (tidak dapat dibayangkan bagaimanalah rupanya jika Allah benar-benar izinkan ianya berlaku. Aduuuhh!! ^^v) Namun seperti yang pernah di ceritakan di sini, ia tidak berlaku pada masa dan saat ini. Allah lebih tahu. ^^
Ya.
Saya menemui jawapannya.
Kerna Allah ingin menjaga.
Kerna Allah ingin menjaga.
Allah ingin menjaga dengan caraNya.
Allah ingin menjaga mengikut kadar kemampuan saya. :')
Menjaga saya.
Allah ingin menjaga mengikut kadar kemampuan saya. :')
Menjaga saya.
Mengimbau kembali ketika saya bertungkus lumus mencari kerja baru untuk berhenti dari institusi ini. Ditemani bonda, kami meredah hari, turun naik bas, bertukar-tukar LRT kemudian menaiki teksi adakala berjalan kaki untuk sampai ke destinasi. Allah. Kasihan pada bonda menemani sepanjang hari yang dapat hanya lelah dan letih. Sehingga pernah terkeluar dari bicaranya "dah la nati kalau dapat interview mana2 kat KL tak yah pergi dah. Kerja je kat situ."
Hakikatnya bonda dan ayahanda redha dan gembira kerna saya bekerja di institusi ini. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa. Ya. Saya mengharap redha mereka, bonda ayahanda saya sepanjang masa. Adakala saya mengadu urusan kerja dan bonda hanya menjawab sabarlah. Orang lain ada yang tak de kerja.. =,=.
Alhamdulillah.
Gaji. Makin tinggi tangga gaji makin besarlah belanja. Makin tinggi pendapatan makin tertekanlah pekerjaan. Saya tidak mengatakan kerja saya tidak mempunyai tekanan. Mustahil!! Menjadi jabatan yang paling "hot" dalam institusi haruslah berdepan dengan pelbagai reaksi yang adakalanya mencabar emosi. Namun alhamdulillah mampu diatasi dengan rasional menggunakan akal dan mata hati. Alhamdulillah dengan gaji yang tidak sampai RM*k saya hidup seperti saya apa adanya.
Ya, saya belum punya kereta bertayar empat. Namun saya ada belacu. Kereta tanpa bumbung dan pintu yang bertayar dua itulah kesayangan saya. <belacu, saya puji awak ni, behave ya!> Belacu sentiasa setia menemani yang saya beli dengan simpanan saya sendiri. Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Gaji. Makin tinggi tangga gaji makin besarlah belanja. Makin tinggi pendapatan makin tertekanlah pekerjaan. Saya tidak mengatakan kerja saya tidak mempunyai tekanan. Mustahil!! Menjadi jabatan yang paling "hot" dalam institusi haruslah berdepan dengan pelbagai reaksi yang adakalanya mencabar emosi. Namun alhamdulillah mampu diatasi dengan rasional menggunakan akal dan mata hati. Alhamdulillah dengan gaji yang tidak sampai RM*k saya hidup seperti saya apa adanya.
Ya, saya belum punya kereta bertayar empat. Namun saya ada belacu. Kereta tanpa bumbung dan pintu yang bertayar dua itulah kesayangan saya. <belacu, saya puji awak ni, behave ya!> Belacu sentiasa setia menemani yang saya beli dengan simpanan saya sendiri. Alhamdulillah.
Gaji. Selama mana kita berfikir tidak cukup, selama itulah ia tidak akan pernah cukup. Tapi ini tidaklah bermakna kita perlu duduk saja tanpa usaha. Perlu untuk meningkatkan prestasi diri supaya maju setapak lagi. Umat Islam harus maju, harus kaya dengan iman yang tetap terjaga.
Bandar Anggerik
Saya tidak pasti yang bertanya tadi akan membaca atau tidak nukilan ini. Berada di sini amat mendamaikan. Bekerja di sini pengalaman yang tidak ternilai. Menjadi ahli dalam institusi ini satu peluang yang diberikan Tuhan. Bandar anggerik mencipta pelbagai kenangan. Hanya sejam perjalanan untuk pulang ke mahligai ayahbonda. Duduk berhampiran dengan ibu-ibu saudara dan sepupu-sepupu yang sentiasa mengambil berat perihal diri. Tinggal di puzzlehouse yang sangat menghiburkan hati bersama ahli-ahli rumah yang tidak berkira dan saling menyayangi. <eh?? diorang sayang kat saya ker? ^_^ > Apalagi blue building sangat dekat di mata sentiasa di hati. Mendamaikan. Nikmat Ilahi. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang ingin saya dustakan?
Allah.
Allah.
nota tongkat belacu saya:
sebelum pulang kerja hari yang sama saya menerima panggilan dari seorang En.**. Soalan yg ada kaitan dgn entry ini. "tak kan la lulusan uni & matrik kerja *** jer?" dengan senyum, spontan, yakin dan positifnya saya menjawab dihujung talian, "oh...saya belum naik lg ni..nanti lah. tunggu.. interview akan datang..^___^" huh..yakin tul jawapan saya.. ^__^
nota tongkat double stand belacu saya:
agak musykil dengan diri dan hati sendiri kerana selain soalan SENTAP berkenaan kerja di atas, ada soalan lain yang diajukan. Namun saya agak TIDAK SENTAP dengan soalan yang biasanya menSENTAPkan ini.. "bila akak nak kawin ni?" adusshhh.. apakah..... =,= duhai hati.. saya pelik dengan anda.. ^^
nota tongkat double stand belacu saya:
agak musykil dengan diri dan hati sendiri kerana selain soalan SENTAP berkenaan kerja di atas, ada soalan lain yang diajukan. Namun saya agak TIDAK SENTAP dengan soalan yang biasanya menSENTAPkan ini.. "bila akak nak kawin ni?" adusshhh.. apakah..... =,= duhai hati.. saya pelik dengan anda.. ^^
** Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. 51:58
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~



haah, entri inilah yang kita cari. ehhe
ReplyDeletecari?
ReplyDeleteberkerut kening.
ReplyDeletesengeh seinci.
tu reaksi ct baca entry ni...=)
telus mulus lg ikhlas.
tidak ingin brsangka buruk dgn manusia.
tapi mereka yg mempertikai rezki yg Allah beri walau sekelumit cuma sptnya tidak yakin rezki dtgnya dari Allah dan bukan gaji yg berangka2..
ya..tidak bersangka buruk dgn sesiapa..
ReplyDeleteyg bertanya tidak tahu situasi sebenarnya..
hanya ingin menyatakan syukur tidak terhingga berada di sini..
Alhamdulillah..
=') segala puji bagi Allah yang memberi rezeki..
bukan senang hendak senang,
ReplyDeletedan bukan susah hendak susah...
tapi, segalanya hanya berlaku dengan izin-Nya..
"Tiada suatu nafas berhembus darimu,
kecuali di situ takdir Allah berlaku padamu"
[m/s 33:kitab al-hikam penulisan Syaikh Ibn 'Atha'illah]
read this entry with a big smile.. (^___^)
yup...semua bkn mudah..
ReplyDeleteal-hikam ibn athaillah...
suke..
rasa nak talaqqi kitab beliau..
teringat KCB..
syukran ruhani sayang..
^^
mantap dari ruhani :)
ReplyDeletekerana Dia lebih tahu ^_^