musafir yang memakan masa 4 hari 3 malam membawa diri ini meneruskan pengembaraan di KL. 4 hari berada di utara tanah air kemudian 4 hari berada di KL membuatkan jam waktu badan terkejut. huhuhu...
meredah hiruk pikuk kota metropolitan Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi membuat saya berasa kagum dengan sahabat-sahabat yang tinggal di KL. terima kasih kepada cik ct, nisa, ada & kinah sudi menyediakan tempat penginapan selama 4 hari ini. Syukran kathiran...
Keluar dari rumah seawal 7.45 pagi, meredah manusia berkejar-kejar menaiki LRT, menggalas beg yang berat dekat 1 kg, berdiri hampir 1/2 jam di dalam LRT, bertukar LRT sebelum tiba ke detinasi, berjalan kaki, berjalan kaki, berjalan kaki. aduhhh!! benar-benar buat diri ini terkejut dengan situasi.
terbit kagum dalam diri. Sahabat-sahabat ku tenang sekali. Sudah terbiasa barangkali. Mereka keluar terlebih dahulu. Namun pulang lewat adakalanya mencecah jam sebelas. Keluar lagi keesokan hari awal pagi. Lelah melihat mereka. Namun apakan daya demi keluarga tercinta, rezeki perlu diusahakan walau apa cara. Semoga Allah redha dengan tingkah kalian.
4 hari yang penuh bermakna. Merasai kehidupan dikota. Tidak dinafikan dulu pernah bercita-cita seperti mereka. Namun apakan daya Allah lebih tahu segala. KL bukanlah tempatku. Dia lebih tahu apa yang perlu. Pengalaman berharga ini tidak akan dilupa. Juga sahabat-sahabat tercinta terima kasih tidak terhingga. Melayan housemet sementara. Walau letih pulang dari kerja. Tidak lupa kita bergelak ketawa dan bergurau senda. Moga ukhwah ini selamanya berlarutan ke syurga.
i need rest
hari terakhir pada khamis lalu sangat meletihkan. menggigil tangan dan bahu menggalas beban. berat kepala teramat dirasakan. sangat-sangat memerlukan rehat. dari memikirkan segala yang memeningkan. Alhamdulillah. Segalanya Allah permudahkan.
ok.
** sangat tidak larat badan dan jiwa untuk bekerja pada Jumaat. Lalu kuputuskan untuk berehat.
** semoga esok kembali bersemangat. terlalu banyak kerja yang ditinggalkan.
rindu belacu sangat-sangat. ^^
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
kl syurga dunia khayalan..
ReplyDeletesegalanya ada hanya iman benteng ujian..
doakan sahabat2 mu trus bersama redha Tuhan..
igt tak zaman u dlu kita prnah brangan jdi housemate zaman kerja..Alhamdulillah Allah bagi merasa skejap..maaf la klau ada kurang layanan n tak kesmpaian nk hntr dgn kete ke stesen! hehe
doaku sentiasa mengiringi...
ReplyDeletetiada apa yg krg...dah dpt tmpt berteduh pun dah kira beruntung..
alhamdulillah..
ketika dan minggu ini.
ReplyDeleteya...
ReplyDeleteminggu itu...