"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 7 November 2011

.:: jalan imbi ::. -ep.2-

Ya Allah jangan benarkan mulutku berbicara tidak sopan. Ya Allah!

Panas!

"Sabar ye! Jangan marah tau! Ada hikmahnya. Sangka baik." ku lihat Dhiya resah. Panas KL sangat membahang. Mungkin hatinya juga panas dek situasi yang sedang kami alami. Kata-kata itu juga ku tuju untuk diriku sendiri.

"xpe la. Merasa gak naik monorail." luahku memujuk hati.

"okey tak ni?"
"okey.." senyum ku kelat. Entah ikhlas entah memaksa diri.

Dhiya memandangku dengan pelbagai soalan.
"apa?"
"okey tak ni?"
"okeeeyyy..." jawabku pendek.

Jauhku lontarkan pandangan ke luar monorail. Memujuk hati meraih simpati Ilahi. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran hari ini.

"dah tu diam je dari tadi." tegur Dhiya. Mungkin rimas dengan kesenyapan yang aku lahirkan.
"tengah muhasabah diri." senyumku terlukis. Namun hatiku menangis.

Ku selusuri perjalanan hidup sebulan ini. Terlalu banyak yang terjadi. Seperti ada peti tv di hadapan ku kini. Menayangkan satu persatu peristiwa yang dilalui.

Ya Allah jika kepulanganku yang sebentar membuatkan ayah bonda berkecil hati. Ampunkanlah aku. Jangan Kau tarik redha Mu dari ku. Permudahkanlah urusan ayah bonda ku.
Ya Allah andai keputusan yang ku ambil mengecewakan hati insan. Ku mohon permudahkanlah urusannya. Ampunkan aku. Bukan sengaja melukakan.
Ya Allah andai kata-kata yang kuluah membuat sahabat terluka hingga menitis air mata. Ampunkan aku. Pelihara ukhwah ini semoga membawa ke jannah.
Ya Allah andai keterujaan ku untuk berjumpa makhluk Mu melebihi keterujaan ku untuk menghadap-Mu membuatkan Engkau murka. Ampunkanlah kekhilafan ini. Ampunkan aku. Ampunkan kami.

Tanpa sedar, kolam mataku bergenang. Ya Allah..! Ku pandang Dhiya. Entah apa yang dirasakannya sekarang. Entah apa yang difikirkannya.

Terasa lambat waktu berjalan kurasakan.

Bahang mentari sirna. Diganti dengan hawa sejuk pendingin hawa KL Sentral.

"kenapa diam je?" tegur Dhiya.
"saya kan memang pendiam. Kalau banyak cakap nanti ada pula yang terasa." balasku agak kasar untuk mengingatkan diri sendiri. Bukan untuk Dhiya. Ah! Peristiwa semalam menerjah memori. Kata yang ku luah buat sahabat gundah lalu air matanya tumpah. Ya Allah! Maafkan aku Dhiya.

Kata-kata moderator mengakhiri perbincangan. Dah 11.30 am. Patutlah..

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^