"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 7 November 2011

.:: jalan imbi ::. -ep.3-

Program yang dinanti-nantikan beberapa hari lalu tamat saat kami sampai.

Kecewa?

Ya.

Astaghfirullah. Hati..jangan begitu ada hikmah yang menanti.

Aku menjenguk mencari Fyza. Dia sudah sampai dari tadi. Sempat lah Fyza menikmati perbincangan yang hebat ini. Fyza ku temui. Terubat rindu di hati. Ku jangka tangisan ku akan gugur saat kami bertautan. Namun alhamdulillah ia berjaya ku tahan. Ini ujian. Pujuk iman. Hatiku masih rawan.

Dhiya entah kemana mencari sahabatnya juga.

Berbaris panjang menunggu giliran membayar dan kemudian berbaris semula untuk mendapatkan tandatangan penulis memberi peluang aku dan Fyza bersembang.
Ekspo Buku Islami. Untuk ke sini pelbagai kejadian kami alami. Semoga sampai bila pun program seperti ini tidak akan membosankan. Buku! Ilmu! Akan kami kejar tanpa jemu. Walau ujian datang bertamu.

Usai makan tengahari, solat zohor dan merakamkan beberapa foto kenangan, kami semua berpapasan. Fyza meneruskan tinjauan di Ekspo. Aku dan Dhiya perlu kembali ke TS. Urusan yang perlu diselesaikan.
"ko kat ne?" tanye Dhiya kepada rakannya di hujung talian. Aku hanya membatu di sisi sambil membaca solusi yang baru ku beli. Berfikir-fikir apakah seterusnya.

"lagi 10 minit dia sampaila.." beritahu Dhiya.

Entah apa la jadi kalau aku sendiri. Alhamdulillah. Ada Dhiya. Alhamdulillah rakannya sudi membantu. Risau yang tadi aku lupakan kini datang semula. Hari ni hari ahad. Ada kedai buka ke? Tambahan pula petang-petang macam ni. Ish! Ada. Ada. Ada. Cepat-cepat ku positifkan diri.

Terik mentari kami redahi. Mencari kedai untuk membaiki. Kedai pertama yang dijumpai tutup. Ya Allah! Perjalanan diteruskan. Kedai kedua yang kami jumpai tutup juga. Ya Allah! Masihkah ada?

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

  1. tak semua yg kita rancangkan akan dapat tanpa ujian..krna ujiann adalah pemanis pd sbuah rancangan..

    ReplyDelete
  2. mengajar erti tawakal dan usaha...doa jangan sesekali dilupa..

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^