Dua tiga minggu ini hujan menaburi bumi hampir setiap petang. Kuasa Allah yang mentadbir alam menurunkan bila saja DIA berkenan. Lebat. Kilat. Guruh. Angin yang adakalanya seperti ribut. Termangu di pejabat menanti hujan reda. Tidak berani rasanya meredah lebatnya hujan. Hanya mampu menunggu dan berdoa agar hujan yang turun mendapat manfaat untuk hidup ini.
![]() |
| seronok main hujan |
Lebat hujan diluar kala ini mampu dilihat dengan mata. Jelas, terang, nyata lagi bersuluh.
Namun hujan di hati hanya diri, DIA dan malaikat yang mengetahui.
Ya Allah jangan biarkan hati ini dibanjiri dengan hujan hati yang sia-sia.
Biarkan takungannya adalah kerana menginsafi dosa kerna taubat yang aku lewatkan.
Biarkan takungannya kerana limpahan syukur akan kurniaan yang tidak terhitung.
Biarkan hati ini banjir dengan sejuta keresahan kerana lalai akan nikmat dunia.
Biarkan hujan di hati ini lebat untuk sesuatu yang Engkau redhai.
Jangan biarkan hati ini kontang sehingga tidak sedar akan petunjuk yang Kau kirim.
Redakanlah hujan di hati ini. Jangan Kau biar ia berleretan tanpa henti.
Redakanlah hujan di bumi agar dapat kami melewati hari.
Alhamdulillah. Hujan ini rahmat kurnia yang tidak akan aku persia.
Mohon untuk meminta-minta segala perkara. Mungkin ada sedikit yang akan Kau beri.
Bersangka baik dengan Mu setiap masa atas segala perkara.
Menanti teduh hujan di bumi.
tempat kerja.
615 pm
05 Zulhijjah 1432 H
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^