"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 31 October 2011

.:: jalan imbi ::. -ep. 1-

"kita di jalan yang betul ke?" setelah sesat agak lama aku dapat rasakan Dhiya gelisah. Menahan panas mentari juga menahan marah yang mula bercambah dalam hati.

"yup! betul..betul...lepas ni belok kanan" berpandukan GPS di tangan, semoga laluan kali ini benar tiada lagi halangan.

"rasa something la..."
"berhentila..."

dah la lambat. tayar kempis pulak.. Ya Allah!! ujian apa ini?

"depan tu ade Caltex!" Bunga-bunga bahagia mula terlakar. Alhamdulillah.

"pancit ke? pam la. kita tengok"
"dah ok kot."
"jalan je la. slow-slow"

Terik mentari membakar kami. Bayang sudah hampir sepenggalah tinggi. Namun kami masih belum sampai ke destinasi. Sudah lewat sejam dari masa yang dijanji. Hati diamuk pelbagai persoalan itu dan ini. Syaitan mula menjalankan tugas meracuni. Ya Allah!! Ini ujian.

"kenapa? rasa sangat ke?"
"a'ah. tak berani la..xde angin langsung ni."
"parking kat TS tu. nati kita pergi KL Sentral naik monorail."
"okey." kelat ku menjawab dalam rela dan tidak.

Hati..apa yang kau rasa? Minda..apa seterusnya.. Idea..Idea..Idea...

Aku membawa motor dengan kaki bersedia memacak takut jatuh tersembam ke bumi. Mencari kestabilan ketika menunggang dalam keadaan sebegini. Bukan sahaja kestabilan badan yang ku perlukan. Malah kestabilan emosi lebih aku risaukan. Tolong hati jangan kau benarkan mulut berbicara tidak sopan. Cukuplah peperangan yang hebat itu tersembunyi. Tidak mahu aku lontarkan. Tidak mahu aku calarkan hatiku. Juga hati insan yang menjadi peneman.

******************* bersambung_______^^

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

4 comments:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^