"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Wednesday, 26 October 2011

once upon a time

Masa lalu yang berlalu adakalanya sangat menyesakkan jiwa merentap kalbu. Mengenang kembali memori zaman keterlanjuran diri tatkala curang dengan nikmat Ilahi sangat pilu malah ngilu. Sangat malu kepada Dia Tuhan yang satu. Andai kata kehidupan ini semudah mengendalikan peti mel. Sudah tentu ianya telah di'delete' dari 'inbox' dan 'trash' agar terus lenyap tanpa bukti tanpa perlu kembali.

Huh!! tamau ingat..tamau ingat!!

Andai ia semudah itu. :-(

Namun, betapa hebat dan indahnya aturan cinta Allah kepada hamba-Nya ia tidak semudah klik, klik, klik.

Manusia diberikan akal untuk berfikir. Diberi hati bukan saja untuk dilukai :-( malah untuk memerhati dengan mata hati.
Justeru berfikirlah tentang nikmat usia yang masih diberi, mengapa Dia masih memberi peluang untuk memperbaiki diri. Sedangkan di luar sana ramai lagi yang tegar memusuhi Ilahi. Mungkar di kanan kiri. Tanpa sedar timbangan mana yang menyebelahi. Namun terus-terusan leka tidak mahu disedari. Sedang kebaikan mengelilingi. Bersyukurlah menjadi insan pilihan tatkala Allah mentarbiah untuk kebaikan sedang ramai lagi yang leka dilalaikan dengan nikmat pemberian yang tidak berkesudahan.

Masa lalu perlu dikenang dan dikoreksi sejauh mana ia dapat membentuk diri kita untuk menjadi seorang manusia yang seimbang keperluan dunia akhirat. Benar, kepahitan itu menjadikan kita 'malas' untuk mengenang dan difikirkan kembali. Namun itulah sebenarnya konsep taubat. -genQ, isu 3-

Yang lalu biarlah berlalu. Jangan terlalu dikenang, jangan terlalu difikirkan. Taubat yang telah diambil pasti mencerahkan kehidupan. Kerana Allah sayangkan, maka ditiupkan hidayah keinsafan. Kerana Allah sayangkan, dititipkan kecintaan terhadap kebaikan. Asbab memori masa lampau itu telah menjadi pemacu untuk menyesali dan tidak mungkin akan berulang kembali.
Bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan. Oleh itu jangan disiakan.

Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Setiap satunya ada zaman kegelapan masing-masing. Cuma barangkali kepekatan kegelapannya yang membezakan ceritera perjalanan kehidupan. Sekaligus ceritera hidup inilah yang membuatkan kita melengkapi antara satu sama lain. Agar ia menjadi iktibar dan pedoman juga pengajaran untuk memberi kesedaran.

Ingatlah dan sematlah dihati. Allah tidak akan membebani apa yang tidak termampu untuk kita alami.

** ingatlah..Allah amat mencintai dirimu.
** wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami kekal di jalan agama-Mu.

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^