"ckp pasal aku la tu...huh!!"
Hidup penuh prasangka
Hidup diselubungi curiga
Risau orang memperkatakan kita
Apa salah ku segalanya serba tak kena
Penatnya kalau fikiran sentiasa negatif. Semua rasa serba tak kena. Pandangan manusia terlalu dikesahkan. Kala curiga dan prasangka merajai jiwa, dendam pula timbul bersama. Rimas sungguh rasa seperti itu.
Ya Allah..penat sungguh rasa seperti itu. Bukan mudah mendidik hati membelai nurani untuk bersangka baik setiap kali. Bukan mudah menasihati minda agar positif itu menjadi perkara utama. Bukan mudah. Bukan mudah. Bukan mudah andai selama kehidupan diasak dan ditanam rasa negatif itu oleh mereka yang terdekat.
Namun, kala perasaan negatif itu menghindar dan perasaan positif itu singgah, tenang dan damai rasanya jiwa. Tiada risau tiada curiga. Apalah sangat pandangan manusia. Siapalah manusia ingin memperkatakan kerana pandangan Allah itu lebih utama. Indahnya bersangka baik setiap masa. Biarlah apa orang lain nak kata. Biarkan mereka memalingkan wajahnya. Hati lebih takut andai Allah memalingkan wajahnya tidak mahu memandang walau secebis ujian tidak diberikan.
Setelah sekian lama mendidik hati mengajar jiwa agar positif setiap masa, kini perlu pula mengubah semula atas faktor kerja. Ya Allah..
** 'sesungguhnya Aku adalah seperti sangkaan hamba-Ku kepada Ku."
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^