"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Sunday, 30 October 2011

:: terpilih ::

Kamu lihat ku tersenyum, namun hakikatnya perang dalam diri sedang hebat menguasai. Antara minda dan emosi. Antara iman dan qarin. Antara hati besar dan hati kecil. Antara panas luar dan panas hati.

Kamu tanyakan acapkali. Okey tak ni? Senyum yang ku leret entah ikhlas atau memaksa diri. Namun itu usahaku untuk bersangka baik dengan ketentuan Ilahi. Kenapa diam? Jawabku hanya sedang muhasabah diri. Adakala air mata mengalir tanpa ku sedari.

Perang dalam hati masih belum berhenti.

Ya Allah jika kepulanganku yang sebentar membuatkan ayahbonda berkecil hati, ampunkanlah aku. Permudahkanlah urusan ayahbondaku. Jangan Kau tarik redha-Mu terhadapku.
Ya Allah jika kata-kata yang kuluahkan membuatkan sahabatku berduka sehingga dia mengalirkan air mata, ampunkanlah aku. Bukan niatku membuatnya terluka. Permudahkanlah urusan sahabatku sentiasa. Redhailah dia sepanjang masa.
Ya Allah jika keterujaanku untuk berjumpa makhluk-Mu melebihi keterujaanku berjumpa dengan-Mu, ampunkanlah aku. Ampunkanlah aku. Ampunkanlah aku.

Permudahkanlah perjalanan kami ini. Sahabat-sahabat disana sedang menanti. Redhakan lah perjalanan kami kerana ada ukhwah yang terpatri.

Betapa hebat perang dalam hati. Puasku pujuk nafsu agar berhenti. Penat ku belai jiwa agar tenang menghadapi. Sesungguhnya aku layak diuji. Kami layak diuji. Aku hanya insan yang perlukan dugaan untuk menguji kesabaran. Moga disitu akan bertambah kekuatan untuk menghadapi hari depan.

Alhamdulillah hari ini berjaya dihadapi. Alhamdulillah Engkau mengirimkan mereka yang mengerti dan memahami. Sungguh! Berharap pada-Mu tiada rugi. Terima kasih sahabat tiada mu tadi entah apakan jadi. Indahnya aturan Ilahi kala kita sama diuji.

Alhamdulillah. Tiada kata terindah yang dapat kuluahkan hari ini.

Alhamdulillah. Segala puji hanya layak untuk-Mu.

Terpilih.
Hari ini, esok, lusa dan seterusnya. Alhamdulillah.

** "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan." 110:1
** "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh Dia Maha Penerima Taubat." 110:3

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^