caution: this is pending entry. should be post 2 days before aidilfitri..
pulang ke KK esok pagi.. "raya ni nak p pokok sena!" "jauh tu.." "thn lepas tanye, tp xde cuti..thn ni kan cuti seminggu..xpe, tol kakak support.." "tgk la nanti.." "mmm.." nk p utara..utara..n utara lg..x dpt p kangaq @ arau dpt p alor setaq jd la..hu..hu..
post ke fb wall on 28th august...
post ke fb wall on 28th august...
my journey to north stopped at KK during aidilfitri..
![]() |
| google jer |
tidak terfikir
sms : anda berjaya melayakkan diri ke Kolej Matrikulasi Perlis..
saya : jauhhnyer....k..tak nak pergi..
bonda : dapat matrik mana?
saya : perlis
bonda : wau..
saya : tak nak pergi la...jauh sgt...
bonda : pergi jer....bukan senang nak dapat matrik...dah dapat pergi..ramai lagi yg mohon tp x dapat...
saya : %$&*(#@)
alhamdulillah...berjaya menamatkan setahun pengajian di sana walaupun my result not flying colour...
di KMP ada sesuatu yang menggamit diri..ada sesuatu yang menggigit nurani...ada kenangan yang tidak akan dibiar pergi..ada hidayah yang menyapa hati..istimewanya tidak bisa di tukar ganti..segalanya kemas tersusun di hati nurani..ada cinta yang kutemui di sini..cinta insani juga cinta Ilahi..yang hadirnya baru ku sedari..ahh..ruginya selama ini walau kain sekolah ku hijau yang meliputi..
berair mata ayahanda bonda tatkala ingin meninggalkan anakandanya di KMP..sedang saya tenang sekali tiada air mata apatah lagi sedih dalam diri..malah bahagia walau pertama kali..ada hikmah semuanya..kenapa Allah campakkan ke KMP..ada hikmah semuanya tatkala menolak untuk ke sekolah berasrama aliran sains selepas PMR...ada hikmah semuanya kala ku tekad meneruskan persekolahan di kampung halaman...tidak sia-sia..
hatiku tertinggal disana
dalam 8 pilihan ketika mengisi borang UPU untuk menyambung degree, lebih separuh adalah IPTA di utara menjadi pilihan hati...padahal banyak IPTA disekitar sini..namun rindu ku tuk kesana berjaya mengalahkan kemahuan asal diri...alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah....berkali-kali Allah tunjukkan kuasa-Nya kepada diri ini..sungguh tidak kusangka Dia memakbulkan doa dan pilihan pertamaku untuk melanjutkan pelajaran ke sana..tiada kata seindah bahasa melainkan alhamdulillah...
rinduku masih rindu itu
kini selepas 2 thn menetap di negeri kelahiran....teringat sindiran teman-teman ketika jauhnya aku mengembara untuk mencari ilmu pengetahuan..ku katakan walau apapun yang terjadi diri ini tetap akan kembali kepada ayahbonda ke negeri asal kelahiran diri...masa belajar inilah nak merasa dok jauh2 berjalan merata negeri cari pengalaman ketika diri masih sendiri...he..he..he..ntah bila akan ke sana lagi..rinduku masih rindu itu....rindu beli tiket bas ekspress..rindu berlelahan keluar pagi untuk ke shahab perdana..rindu mencari kawan untuk balik bersama..rindu untuk mendengar "tiket habisla dik.." rindu untuk mengusung beg dari kolej ke stesen bas..rindu mengemas beg dan bilik asrama setiap kali cuti semester...rindu itu masih sama..rinduku masih rindu itu...
>>>> add on <<<<
rindu terubat
"best pegi penang?" tanye sahabat...
"alhamdulillah..best dok tgk tempat orang..seronok...terubat rindu nak naik bas ekspress..terubat rindu nak ke utara.."
hujung minggu lalu diisi dengan perjalanan ke pulau mutiara... alhamdulillah..alhamdulillah... selamat pergi juga kembali...terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menerima kedatangan diri..terima kasih juga kepada kamu atas kelapangan yang diluangkan...pergi ke masjid negeri penang..prangin mall..komtar..dan berkenalan dgn arisalina..ala geduk (betul ke eja?) x sempat jumpa plk...gumin yg mcm garfield...luss yg hyperaktif.. tomtom @ mama yang sopan...jalan kaki pergi market...sarapan kat sana...menanti hujan teduh di depan kedai topup.. alhamdulillah..bermusafir melihat keindahan alam dan ragam kehidupan...
kamu..i just want to say thank you...^_*
rinduku pada utara
rindu itu masih sama..rinduku masih rindu itu..
ok..
** Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).62:10
~bersangka baik dgn Allah stp masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^