"Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah," an-naba':14
![]() |
| dari sini |
ala..baru je jemur baju...
aku baru je basuh kereta tadi...dah hujan
keluhan-keluhan seperti di atas selalu kita dengar.. kenapa perlu mengeluh ketika turunnya hujan?
hujan itu ujian. ujian itu juga nikmat. nikmat Allah utk hamba-Nya..
"Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?" as-sajadah:27
Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
dahulukan lah alhamdulillah bila hujan turun menimpa bumi. kenang lah nikmat2 Allah yang lain sebelum mengeluh apa yang dirancang tidak menjadi.. hujan itu turun dengan rahmat..
"Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka." al-jinn:16
hujan itu adalah sebab-sebab kemewahan...
"Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya." an-nahl:10
hujan itu untuk minuman kita..
"(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hampar
an, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya." taha:53
an, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya." taha:53
hujan itu utk menumbuhkan tumbuhan..
"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya)." al-hajj:63
Berdoalah apabila hujan turun sebagaimana yang Rasulullah S.A.W ajarkan :
اللهم صيبا نافعا - "Ya Allah berilah manfaat dari turunnya hujan ini" - Riwayat Muslim -
doa byk2...doa byk2 bila hujan turun...
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”. Nuh:10-12
ok..
ok..
** 5 Ramadhan 1432H
~bersangka baik dgn Allah stp masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^