di entry ini saya meluahkan kesyukuran kerana masih terjaga. Alhamdulillah..15 Ramadhan ini sangat bermakna. Usia menginjak setahun lagi. Tidak tahu mengapa sejak bbrp tahun kebelakangan ini, hati lebih menghargai 15 Ramadhan berbanding bulan Mei sempena kelahiran diri. Namun Mei lebih ramai yang mengingati (andai masih ada yang sudi mengingati.) mungkin juga bilangannya semakin berkurang dari hari ke hari). Mungkin kerana Ramadhan itu bulan mulia. Bulan rahmat dan bulan penuh istimewa. Menjadikan hati ini sayu utk membiarkannya pergi begitu saja tanpa diisi oleh sst yang berharga terutama pada tanggal keramat ini. Rupanya Allah mentakdirkan bonda utk melahirkan anakandanya pada bulan barakah ini. Semua yang terjadi tidak akan sia-sia.
ya Allah
kala bonda bertarung utk memilih antara nyawaku atau nyawanya
kala bonda bertarung utk memilih antara nyawaku atau nyawanya
Engkau Yang Maha Pengasih menyelamatkan kami berdua
syukur pada Mu hingga kini kami masih bersama
Tuhan..
sudah jauh rasanya berkelana
suku abad sudah hidupku di bumi fana
lelah juga mujahadah yang dimula
namun tidak akan ku putus asa
terlalu banyak dosa yang ditempa
terlalu sedikit taubat yang kupinta
banyak sekali janji yang dikata
namun banyak juga ku mungkir dusta
sampai bila perjalanan ku ini
hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
terlalu banyak ingin kupinta
terlalu banyak ingin kuadu
namun sebenar-benarnya aku tahu
Engkau tahu walau tanpa ku adu
Engkau tahu walau tidak diberitahu
siapalah aku tanpa Mu
Tuhan
selalu ku mohon pada Mu
berikan ku redha atas setiap yg berlaku
tidak ingin disegera apa yang Kau tunda
tidak ingin ditunda apa yang Kau segera
biarkan aku sentiasa begitu
agar aku tidak selalu pertikaikan takdir Mu
biar aku bersyukur selalu
walau adakala apa yang Kau beri aku tidak mahu
sesungguhnya Engkau beri apa yang aku perlu
bantu aku dalam kembara ini
hingga akhirnya aku sampai ke destinasi suci
menemui Mu Tuhan yang Maha Tinggi
melodi jiwa
dipagi ulangtahun diri
mahligai ayahbonda, tempat keje
ok..
** Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. faatir 35:11
** عيد ميلاد سعيد لنفسي، وآمل من كل عام هو اقرب الى الله
~bersangka baik dgn Allah stp masa~

Salam Hari Lahiaq! He
ReplyDeletealfu syukran! ^_^
ReplyDeleteTak alfu. Nak lg byk. Hee
ReplyDeletextau nk ckp arab yg lain2 tu..^^
ReplyDeleteselamat hari lahir ke....
ReplyDeleteumur yg sgt bermakna kerna...
mg sntiasa bhagia d bwh rahmat Ilahi hgga ke...
semua jawapan boleh jwb sndiri =)