teringat kenangan berprogram di sebuah rumah anak-anak yatim di Perlis pada tahun 2008. Dijemput oleh Exco Biro Latihan dan Akademik..terima kasih Saudara Farhan Karim..tak banyak sangat yang dilakukan..(nama pun jemputan..hee..he...)
kompleks penyayang Dr. Siti Hasmah
selama 2 malam (if i not mistaken, coz dah lame..) menginap di rumah anak yatim ni..berbuka, sahur, moreh, tidur bersama-sama...xde ape yang membezakan sangat macam di asrama...cuma apa yang beza, kebanyakan mereka adalah anak yatim..namun bukanlah semuanya yatim, ada yang diletakkan di rumah ni kerana ibu bapa mereka tidak berkemampuan utk menampung kehidupan mereka..
slot saya bersama adik2 puteri berjalan lancar..walaupun sebenarnya x cukup masa..sbb byk yg nk saya sampaikan...alhamdulillah..semoga ada yang ambil manfaat drpdnya walaupun dalam kekangan masa yang terbatas..
Saudara Farhan menjemput saya utk memberikan sedikit motivasi lebih2 lagi kpd mereka yang akan menduduki peperiksaan besar pd tahun itu..apa yang saya sampaikan hanyalah kata2 bonda yang sering diulang untuk mengingatkan saya..kata2 bonda saya bawa kemana saja mengembara..kerana disitulah ingatan saya pada bonda dan ayahanda selalu bersama disamping doa yang dikirim saban waktu dan ketika.
cerita berakhir
masa akak kecik2 dulu selalu kene ejek ngan kwn2..bile blk ngadu kat bonda sambil nangis2..bonda selalu pesan..kalau kita kene ejek ke kene maki ke..cakap alhamdulillah..Allah yang jadikan aku..alhamdulillah..aku x cacat..cukup sifat..alhamdulillah..alhamdulillah... pedulikan apa orang kata...biaq pi...yang penting bonda ayahanda sayangkan kita..
walau macamane pun kita..ilmu tu paling penting dan utama...biar kita xde harta..biar kita x kaya..tapi bila kita ada ilmu orang pandang mulia..orang nampak kita ni siapa..biaq mak pak kita x blajaq tinggi..ngaji stakat darjah 6 ja..tp kita blajaq sungguh2...blajaq rajin2...buktikan kat depa anak mak pak yang x ngaji tinggi tu leh masuk universiti..leh berjaya jadi manusia..tapi bila dah ade ilmu jgn sombong & tinggi diri..setinggi mana pun kita terbang ke langit..jangan lupakan rumput di bumi..
lagi satu bonda selalu pesan..biar rumah kita kecik..x cantik..tapi kemas...biar rumah kita buruk..tapi kemas..bila orang tgk, selesa..bila orang tgk, suka..walaupun sebenarnya rumah kita x cantik mana..buruk je...bila kita tgk rumah kemas, kan kita senang hati..
pesan akak selalulah doakan bonda & ayahanda..x kira di mana atau tgh buat ape..mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita asbab doa kpd ayahbonda...
mata panda
kak..kak tak cukup lena ka?
mmmm...awat?
bawah mata kak hitam...
ooo.. ya ka? mmm...lama dah lagu ni..bkn tak cukup lena..terlebih lena ni.. ^__^
seorang adik puteri sekitar 9-10 thn bertanya di dwn makan...
ok..
** Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 2:215
** Rasulullah juga anak yatim.
~bersangka baik dgn Allah stp masa~

Saya Anak Yatim jugok.
ReplyDeleteBukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
ReplyDeleteDan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk dengan wahyu - Al-Quran)?
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
93:6-8
'Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.' (2:207)
ReplyDelete