Catatan mlm 1 syawal
Buka puasa mlm ni meriah sekali
Ramai ahli keluarga b'kumpul sekali
Meraikan kepulangan kami
Setahun sekali
Solat maghrib kulaksanakan
Air mataku mengalir
Titis demi titis kala solat tadi
Usai salam t'dgr di tv mengatakan raya esok hari
Bertambah laju tangisan ku kala doa ku panjatkan
Akhirnya ramadhan berlalu pergi
Syawal munculkan diri
Monolog ku selalu sejak ramadhan ini
Terampunkah dosaku
Terampunkah dosaku
Terampunkah dosaku
Wahai Tuhanku
Ku teringat sabda nabi kekasihMu
Alangkah rugi andai ramadhan pergi
Namun dosa insan tidak terampunkan
Aku tidak mahu menjadi golongan yang rugi itu
Bantu aku agar terus istiqamah menempuh jalan ini
Melodi jiwa
Syawal menjelma
9.00mlm
Kg. bonda kk
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^