"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Thursday, 1 September 2011

di liang lahad itu

Pagi ini ziarah kubur tok nyang, tok ki, tok, opah dan adik-beradik bonda. Jenuh nak g ziarah kubur kat sini sebab kawasan berbukit. Mengah sampai atas. Hu..hu..

Berjalan menelurusi kubur-kubur yg ade, terdetik di hati bagaimanakah keadaan mereka di liang lahad itu agaknya. Kubur-kubur yg tlh lama berada disitu. Mungkin sudah berpuluh-puluh tahun bersemadi di perut bumi. Hinggakan batu nisan sukar dikenal pasti. Yang mana kepala atau kaki. Apatah lg batu nisan yg tiada nama dipatri. Berkata adik saya "minta maaf ye kalau terlangkah!". Tersenyum saya dalam hati. Benar juga katanya. Susah benar nak bezakan batu nisan dengan batu biasa. Apalagi kubur yang lama hanya diletakkan batu kosong sbg penanda.

Dr kuburan terus ke KK untuk berbelanja apa yg perlu. Terdengar tazkirah zohor di dalam kereta berkenaan ziarah kubur. Eh! Macam kena pulak. Baru je ziarah pg tadi.

Antara yg dapat dikongsi bersama ialah "kubur hanya akan meriah setahun sekali iaitu bile raya tiba. Kalau tak pun bila ade orang mati..mcm tu la kite. Ziarah kubur hanya setahun sekali. Tak mustahil anak-anak kita nanti akan jenguk kita setahun sekali juga bila kita dah mati.." hu..hu..

Tersentap hati..

"dalam ramai-ramai anak kita siapakah yg akan menyampaikan pahala bila kita di alam barzakh nanti?" "kita sanggup tgk tv 7-8 jam sehari berbanding nak mengadap al-Quran atau majalah-majalah ilmiah yg boleh menjadi bekal di sana nanti."

Alhamdulillah. Sedikit perkongsian tengahari.

Ok..

** bila mati anak adam terputus la segalanya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, amal yg bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh."
** ya Allah, jauhkan kami dari seksa kubur. Jadikan kubur-kubur kami sebagai taman-taman syurga.

~bersangka baik dgn Allah stp masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^