Mereka ketawa ceria namun aku di hati hujan air mata
Ya Allah sudah suku abad hidupku ini
Memerhatikan mereka sedari kenal siapa diri
Ya Allah kenapa sukar benar menuruti perintahMu
Adakah mereka tidak tahu?
Atau saja tidak mahu ambil tahu
Telinga dibiar tuli mulut dibiar bisu
Namun kala sayyidulayyam bertamu ke masjid tmpt dituju
Kala dua raya hadir ke masjid juga mereka bertakbir
Adakah mereka tidak tahu?
Solat lima waktu itu tiang agama Mu
Adakah mereka tidak tahu?
Solat itu wajib lima waktu
Untuk setiap yang bergelar muslimin
Adakah mereka tidak tahu?
Ya Allah ku rayu pada Mu
Bukakan lah pintu2 hidayah Mu
Adakah mereka tidak tahu?
Ya..mungkin mereka benar2 tidak tahu
Kala ini ku ingin kau disampingku
Duhai imam dihatiku
Duhai pahlawan agamaku
Aku tak mampu hadapi sendiri
Aku perlukan kau di sisi
Melodi jiwa
Ku damba cinta Mu
415pm
Kg bonda kk
Ok..
** sesungguhnya solat itu dpt mencegah perkara mungkar
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
Mungkin diorg tak tahu.. Bsgka baik..
ReplyDelete