"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Tuesday, 23 August 2011

tak nak raya - layakkah utk aidilfitri?

bila berjalan ke sana sini..
ramai sibuk buat persiapan aidilfitri..
entah rasa ape
syawal yang kian menjelma
sedih pula menimpa
bagai tidak mahu ramadhan berakhir

terbit pertanyaan di hati
layakkah aku untuk aidilfitri?

kenangan tahun lalu kembali
syawal lalu duduk ku di masjid berteleku
sedih hiba di saff itu
aidilfitri itu kembali kpd fitrah
berfikir aku berulang kali
kembalikah aku kepada fitrah?
kembalikah aku bersih dari dosa seperti bayi yg baru menjengah?

mendengar khutbah aidilfitri
walau hanya setahun sekali
rasanya indah dinikmati
rasa berat melepaskan ramadhan pergi

monolog ku sendiri
menilai diri

ya Allah
tercapaikah takwa ku sepanjang ramadhan bertamu?
meningkatkah tahap kesabaran ku selepas ramadhan itu?kekal istiqamahkah aku bila syawal mengganti?

sesungguhnya inginku menjadi insan rabbani
bukan semata-mata insan ramadhani

ku mohon amalanku diterima
dosaku terhapus kala mentari syawal memancarkan sinarnya

melodi jiwa
kembalikah kpd fitrah
menanti iftar di MSSAAS
715pm

ok..

** menanti kehadiran cik ct esok hari.moga Allah permudahkan segala
** "apakah manusia mengira bhw mrk akan dibiarkan hanya mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?" 29:2

~bersangka baik dgn Allah stp masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^