"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Thursday, 11 August 2011

Majlis Ilmu

amaran: ini adalah entry tertangguh...harap maklum!!
 
*******
 
assalamu'alaikum....
 
Selamat Menyambut Sayyidul Ayyam...penghulu segala hari...
Jumaat pertama dalam Ramadhan 1432H.. semoga segalanya dipermudahkan...
 
seperti yang pernah diberitahu di sini..
 
hari ni tazkirah pagi berkenaan Majlis Ilmu...
 
search di google
 
Sabda RasulullahS.A.W.:
Maksudnya : “Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga. (Riwayat Muslim)
 
bukanlah bermakna tidak perlu buat perkara lain...maksudnya jika seseorang itu suka untuk menghadiri majlis ilmu, dia akan dapat kefahaman tentang agama...jadi hidupnya sentiasa terarah ke jalan yang benar dan diredhai Allah..mudah-mudahan jalan menuju Syurga semakin mudah..bukankah semua manusia ingin bahagia di sana? Syurga yang penuh nikmat dan kekal selama-lamanya..
 
Sabda Rasulullah s.a.w lagi : "Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan." 
 
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut/majlis ilmu ialah:
1. golongan yang suka bertanya,
2. golongan yang menyampaikan ilmu,
3. golongan yang mendengar, dan
4. golongan yang suka dan kasih akan majlis ilmu 
 
daripada 4 golongan diatas, golongan yang dahulu mendapat pahala adalah orang yang bertanya. bukan penceramah (yang menyampaikan ilmu). bukan juga golongan yang ke-2 @ ke-4.
 
bagi golongan ke-2 pula, yang menyampaikan ilmu. seperti mana yang sering didengar jika seseorang daripada kamu menyampaikan perkara2 baik dan ianya menjadi ikutan orang lain, selama itulah kamu mendapat pahala daripadanya. begitulah juga sebaliknya (perkara2 buruk).
 
golongan ke-3 orang yang mendengar pula bknlah mereka yang tetap diam didalam majlis ilmu dan mendengarnya, namun sesiapa sahaja yang terdengar, tidak berniat utk menyertainya tapi mendapat serba sedikit ilmu yang disampaikan..mereka juga beroleh pahala..SUBHANALLAH..nampak x..? sayang tul Allah kat kt..Rahmat-Nya itu lebih luas dari murka-Nya..
 
golongan ke-4 plk..mereka yg menganjurkan, mengatur @ sesiapa yg menguruskan majlis tersebut. Namun akhirnya tidak dapat hadir atas urusan2 yang tidak dapat dielakkan... Ya Allah.. Engkau ar-Rahman..Engkau ar-Rahim..
 
Firman Allah : Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); 87:9
 
Sabda Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya manusia itu tidak lepas dari dua sikap iaitu silap dan lupa.
 
Sebaik-baik orang yang silap adalah mereka yang memohon ampun dan bertaubat.
 
Perlu diingatkan yang namanya manusia itu terlalu banyak dosa dengan Allah. Sedangkan Rasulullah S.A.W yang telah dijanjikan syurga pun istighfar lebih dari 70 kali sehari, apalagi kita manusia biasa. (peringatan tuk diri sendiri)
 
Pada akhirnya, Ramadhan bukan hanya berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga. Namun semua anggota juga perlu berpuasa daripada perkara yang sia-sia.
 
Alangkah ruginya jika kita tidak sertakan sekali anggota-anggota lain beribadat kpd Allah.
 
ok..
 
** Fasa kedua Ramdhan bermula. Berlumba-lumbalah mencari pengampunan-Nya
** Tajuk tuk tazkirah pagi esok adalah - Dah Doa tapi tak Makbul, Kenapa? akan dimuat naik di sini seperti ini. Insya Allah..
 
~ bersangka baik dgn Allah stp masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^