"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 28 November 2011

rinduku pada utara 2


Alhamdulillah..perjalanan yang dirancang hampir 7 bulan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah.. tiada kata-kata mampu diucap melainkan kesyukuran kepada Ilahi. Walaupun pelbagai perkara terjadi seakan-akan tidak mengizinkan diri ini pergi, namun ku kuatkan semangat dan berpegang teguh pada janji yang telah dipatri.

Ringkasan keseluruhan cerita boleh dibaca di sini… blog cik ct.. ^^

Perjalanan kali ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segalanya bagaikan mimpi. Bagai baru kelmarin kami berkenalan, menghulurkan salam, berjalan seiringan, belajar berdepan, dan bergraduasi menamatkan pengajian. Kini, masing-masing punya hidup sendiri dan bakal punya keluarga sendiri. Ehemmm…ehemmm.. ^^

Entah mengapa hati menjadi hiba. Allah masih memberi peluang kami bersama walau hakikatnya kami jauh di mata. Walau seketika kenangan yang tercipta, bersyukur perlu selalu dirasa. Subhanallah. Alhamdulillah. Ku mohon semoga ukhwah ini berkekalan. Titipkan rindu dalam doa. Itu pengikat hubungan.

Sangat terharu dan pilu saat kenari cik nisa memasuki pintu gerbang UUM. Tidak dapat kugambarkan rasa apakah yang menyerbu. Pelbagai rasa menyelubungi. Terlalu banyak kenangan di sini. Tawa duka senyum ceria bahkan air mata. Terlalu berharga kenangan yang dicipta. Terlalu bernilai tidak boleh dikira. Terlalu indah walaupun terselit duka nestapa. Terlalu…. terlalu… terlalu…. Ya Allah…Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar… Terima kasih atas peluang yang Kau berikan. Terlalu banyak perubahan yang berlaku. Rasa rindu pantas menjengah kalbu. Melewati fakulti-fakulti, DKG-DKG (dewan kuliah gugusan), PKU (pusat kesihatan universiti), varsity mall (tempat kami shopping) dan Dewan Penginapan Pelajar Petronas membuatkan rasa rindu itu makin bercambah.

Musafir kami selama 4 hari 3 malam berakhir. Seperti yang diceritakan oleh cik ct, inilah yang terakhir pada tahun 2011 M / 1432 H. Semoga tahun depan jika diizinkan Ilahi akan mengembara lagi. Tunggu kad berpeta seterusnya dari sahabat-sahabat.^^

Semoga kembara kami ini mendapat berkat. Semoga ziarah kami di rumah sahabat-sahabat menbuatkan ikatan kami bertambah erat. Semoga kerinduan yang lahir sedikit terubat.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang melibatkan diri dalam menjayakan xpdc kali ini. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. Jaga diri sahabat. Ingat, Allah itu sentiasa dekat.

rinduku pada utara
rinduku masih sama
rinduku masih rindu itu

ok.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

  1. Alhamdulillah...
    kenangan lalu buat kita rindu..
    rindu buat kita masih bersama
    bersama tanpa rasa jemu..
    mg ia kekal selalu..
    UUM segalanya bermula takdir Ilahi yg terindah..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah redha...
    segalanya indah bersama sahabat..
    subhanallah, alhamdulillah...
    moga diberi peluang lagi..

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^