Wahai jiwa yang merintih
Sabarlah jika kau rasa kesusahan ini berpanjangan
Percayalah Allah menghitung segala kesusahanmu
Jika kau sering menangis
Percayalah sesungguhnya Allah telah mengira setiap titis air matamu
Jika kau merasa tiada siapa bersamamu ketika ini
Percayalah Allah sentiasa ada
Sesungguhnya kasih sayang Allah Maha Luas
Luahkan cintamu buat Allah
Pasti Allah akan membalas cintamu
Sabarlah dalam menyulam kasih buat-Nya
Kerana Dia telah sediakan keindahan Firdausi buat kita
Sabarlah jiwa yang merintih.
******
Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku
Dan masuklah ke dalam syurga Ku
89:27-30
** terima kasih atas kiriman mesej yang tidak disangka-sangka tepat pada waktunya.
** Maha Suci Allah yang menggerakkan hati mu untuk menghantar mesej ini.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^