"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Saturday, 14 January 2012

: department trip :

__Cameron Highland __

Selepas 3 tahun saya kembali lagi ke sini. Jika dulu, penghujung 2008 saya bersama rakan-rakan lain bertungkus lumus untuk merealisasikan Kembara PETRO pada Januari 2009 dan kali ini dengan pengalaman yang ada saya berhempas pulas merealisasikan department trip ini ke lokasi yang sama. Jika dulu, menguruskan rakan-rakan dalam 30 orang, kini menguruskan kakak-kakak dan abang-abang bersama anak-anak mereka. Huh!! sangat mencabar. Perlu memikirkan keselesaan keluarga dan anak-anak terutamanya. Jika dulu berpenat lelah ke sana kemari turun naik fakulti minta kelulusan dekan untuk luluskan perbelanjaan, kini ada duit semua jadi tak kira la ke mana nak pergi. Jika dulu kami perlu buktikan di dalam kertas kerja bahawa program kami ni berilmiah, kini tak yah dah. Pergi suka suka. Siapa nak kesah. hehe.. Alhamdulillah. Allah izinkan pengalaman dulu menjadi sedikit kekuatan dan imbuhan untuk program kali ini. 

Dari tempat yang bertukar-tukar. Tarikh yang tertangguh-tangguh. Ada yang boleh pergi ada yang tidak. Macam-macam hal la pulak. Okey. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan pada 7-8 Januari lalu. Perjalanan kali ni seronok sebab ada kanak-kanak. Meriah! Jom tgk gambar yang ada...

Ahmad Fahreen - anak daddy ni hyperactive!!
Nur Fatin - mata bulat!
kami di Sri Juliana Chalet, Brinchang!!
 ok. abang Harith mogok dok dalam kete tamau keluar..
Hafiz On - suka sangat bergambar
Harith On at d back
malu-malu pulak
Dhia Sharafana - ibu pujuk makan

ok..nape x ingat nama anak2 abang Zahar ni..
anak-anak papa ni sangat sopan dan santun..
tgk papa la..

Muhammad Nazheef yg gebu..
sekampit beras...geram!!!
Tak banyak tempat kami pergi.. Kekangan masa.. Nak handle anak-anak bukan senang. Berlari-lari Kak Niza mengejar Harith, Dhia dan Hafiz. Sebab tu la Kak Niza tak sempat membesar. hehehe.. Makan malam yang sepatutnya menu ikan bakar akhirnya menjadi bucket KFC dan makan beramai-ramai di chalet. Disebabkan ada anak-anak dah tidur awal, tidak berapa sihat dan kepadatan pengunjung yang tinggi pada malam tu..huh..tak pe. makan ramai-ramai depan tv lagi best. Time dinner ni la saya rasa macam balik kampung opah. Harith, Hafiz dan Fahreen berkejaran satu chalet. Si kecik gebu Nazheef tu pun nak join sekali. Riuh mulut dia. Main tak ingat orang lain. Gegak gempita rasanya. Seronok! Budak-budak. Nakal. Cute. Tidak bersalah. Tidak berdosa. 

1st trip for department settle. 
Datang keje hari isnin semua dilanda mengantuk dan kelelahan. 
Aduiyy... 

Penat belum habis lagi en.Bos dah suh start pikir utk next trip. Haaa? hehe..ok en.Bos. Dalam tak larat pun pikir gak.. Dan yang paling kelakarnya..sepanjang minggu ni saya dan Kak Niza secara sukarela dan sukahati survey tempat2 menarik utk next trip kat internet. Dan abang Hazlee siap bagi no.phone travel agency!! dan saya dah note kat pc yang Februari ni ada MATTA fair kat SACC. leh p surver n booking..!! Semangat!! Langkawi, Singapore, Tioman, Perhentian, Melaka, Kota Kinabalu..huhu..macam2. Entah ape sebab nya suka sangat pulak. Bersemangat nak p berjalan lagi. Kalau ikut en.Bos nak p jauh sikit n naik flight..terkebil2 saya dengar..kalau ada orang sponsor xpe la en.Bos saya membalas. huhuhu..yang menjadi kekangan adalah bujet. Saya yang sorang ni pun dah pening pikir bujet apalagi mereka yang ada anak-anak. Daripada perbincangan tidak rasmi dan rahsia saya dan Kak Niza kami memutuskan untuk ke..........

ok. tunggu keputusan en.Bos dan pandangan ahli department lain..saya cik pengetua je... may be sebelum hujung tahun akan ada satu trip lagi. ok Kak Niza...saya pun berkobar-kobar dan tak sabar nak p. Harap en.Bos setuju. Lagipun dekat jer..Macam yang saya bagitau Kak Niza semalam..saya akan tarik Harith, Dhia dan Hafiz tuk main sekali ngan saya.. Semoga Allah permudahkan dalam mengeratkan hubungan antara rakan-rakan sekerja.

But remember! Syariah compliant !!

untuk akhirnya..
terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan trip ni. 
terima kasih untuk yang sudi belanja makan.
terima kasih yang sudi tumpangkan kereta.
terima kasih kepada yang sudi menemankan.
terima kasih kepada yang sudi mengurangkan ketidakselesaan akibat pening sepanjang perjalanan.

En.Bos: Lupa nak ucap tq kat kwn u 4 her
very sporting n friendly participation. Tlg sampaikan.


“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal ‘Imraan 3: 190-191]

** perjalanan kali ini saya sangat kalah dengan jalan yang macam ular kena palu. pergi balik x larat wat pe.
** terima kasih kepada semua atas pengalaman yang berharga

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

1 comment:

  1. syariah compliance - haha ayat ni power!

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^