Zulaikha :: dilamun rindu
“Alangkah nikmatnya dilamun rindu, rindu bukan seksa”, demikian sudah suasana kejiwaan Zulaikha. Rindunya pada Yusuf a.s malah sudah dirasakan sebagai kerinduan kepada Allah. Baginya Yusuf a.s adalah wasilah untuk lebih memperdalam cintanya kepada Tuhan. Rindu dendam asmara pembangkit takwa kepada Allah.
Sebab itu dia menuruti nasihat agar melupakan Yusuf a.s. dari kenangannya, kerana cintanya kepada Allah. Dahulu dia sakit dan merana bila merindukan Yusuf a.s. tetapi sekarang lebih terseksa lagi kalau tidak merindukan Yang Maha Pencipta.
Manakala mutu cintanya sudah meningkat ke darjat yang begitu murni, maka bertambahlah yakinnya bahawa Tuhan pasti akan menolongnya dalam hal apa yang didambakannya sejak bertahun-tahun.
Sekarang dia yakin dosanya kepada Yusuf a.s sudah dimaafkan Tuhan. Kalau Yusuf a.s dibuang ke penjara lantaran dia, maka itu tidak lain tak bukan hanyalah sebagai satu sebab bagi berlakunya takdir Ilahi di dalam mempersiapkan Yusuf a.s menjadi orang besar. Jadi dia malah merasa berjasa terhadap orang yang paling dicintainya. Kalau dirinya sendiri mengalami penderitaan, maka demikian sudahlah merupakan pengorbanan, sedangkan pengorbanan beerti pengabdian dan pengabdian pula adalah pendekatan kepada Tuhan dan pendekatan kepada Tuhan bermakna pertolongan-Nya sudah dekat.
Semua perasaan demikian tiu dimiliki Zulaikha sejak dia menjadi mukmin. Dia benar-benar lega penuh tawakal. Dia sentiasa berdoa walaupun belum ada bekasnya nyata baginya, tetapi yakin akan terkabul. Alangkah indahnya beragama tauhid kerana memberikan kegembiraan rohani, ketenangan, pengharapan dan keteguhan.
Janda yang kini menjadi wanita solehah itu yakin bahawa setiap yang berdoa kepada Allah tentu doa itu diperdengarkan-Nya ke kalbu Yusuf a.s. Zulaikha percaya bahawa bagaimanapun juga tentulah sesekali Yusuf a.s pun setidak-tidaknya ada pula menaruh hati, hanyalah Yusuf a.s takut melanggar larangan Allah.
Zulaikha :: di suatu malam yang syahdu
Bayu berdesir perlahan-lahan dan lembut. Di langit bertaburan bintang-bintang menghiasi cakerawala alam. Suasana sepi diiringi bunyi-bunyi cengkerik seolah-olah bertasbih memuji Khaliq pencipta semesta alam.
Di malam yang senyap-senyap itulah di mana semua orang sudah terlena di dalam kenyenyakan mimpi, di mana ayam-ayam jantan berkokok membangunkan orang yang hendak bermunajat kepada Allah, maka terjagalah Zulaikha dari tidurnya seolah-olah ada sesuatu yang mengetuk sukmanya bahawa permohonannya akan segera terjawab di malam itu juga.
Maka dengan hati yang amat tulus tenteram berdoalah Zulaikha dengan air mata keharuan:
“Ya Allah, Ya Rabbi! Engkau melihat keadaan hamba-Mu. Hartaku sudah habis, kecantikanku sudah layu, sedang hamba ini pun sudah dhaif, hina lagi miskin. Engkau mengujiku dengan derita rindu pada Yusuf. Jadikanlah dia menyukaiku, perhubungkanlah aku dengannya supaya jiwaku tenteram!.”
Doanya ringkas, tetapi menembusi hingga ke ‘Arasy.
Para malaikat mendengar doanya. Mereka kasihan kepadanya seraya memohonkan kepada Allah yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami! Itu Zulaikha berdoa ke hadrat Mu dengan khusyuk, takut dan ikhlas!”
Allah menjawab seruan malaikat:
“Pembebasannya sudah dekat!”
Nabi Yusuf a.s bertemu Zulaikha kembali.
Tempat yang dilaluinya akan dihadiri oleh ramai orang yang berpusu-pusu memenuhi jalan. Zulaikha hadir di tengah keramaian. Hatinya tergugah mendengar nama menteri (Yusuf) disebut orang.
Di saat inilah dia merasakan untuk kedua kalinya detik-detik tergenting dengan Yusuf a.s. Detik genting pertama tatkala dengan pakaian merangsang memasuki Yusuf a.s dalam biliknya beberapa tahun lalu.
Ada dua bisikan yang berlegar-legar di hatinya, sebagaimana dahulu hatinya pernah bergoncang tatkala mengejar Yusuf a.se pintu. Bisikan iblis dan bisikan malaikat. Bisikan pertama berkata, “Janganlah kau mendekatinya, nanti kau diherdik! Sedangkan kau dulu ditolak dengan pakaian menggiurkan, apakah lagi sekarang ini kau mahu berjumpa dengannya dengan pakaian yang buruk?”
Zulaikha bimbang, dadanya bergetar.keringat dingin membasahi tubuhnya. Tetapi datang bisikan kedua, “Datanglah kepadanya dengan pakaian takwa! Doamu terkabul!”
Zulaikha mengikuti bisikan terakhir.
Zulaikha :: bertemu Nabi Yusuf a.s kembali
“Maha suci Allah yang menghinakan seseorang kerana dosanya danmeninggikan seseorang kerana takwanya!” seru Zulaikha sekeras-kerasnya ketika iring-iringan Menteri tinggal beberapa langkah darinya.
Yusuf a.s merasa terkena akan sindiran itu. Beliau berhenti. “Hai wanita tua, siapa anda?” tanyanya menyelidik. Para pengirinya yang hendak merenggut wanita itu ke pinggir, segera dicegah oleh Yusuf a.s. Beliau mempunyai firasat bahawa perempuan itu mengenal latar belakang sejarah hidupnya.
“Sayalah yang…..”, terputus sejenak suara Zulaikha. “yang membelimu dengan emas dan perak, dengan intan permata, dengan air kafur dan kasturi!” jawab Zulaikha menundukkan kepalanya.
Yusuf a.s mengenali suara itu. Dahulu suara itu halus, sedap dan segar. Dia bertanya, “Engkau Zulaikha bukan?”
“Ya…..akulah Zulaikha, yang tidak pernah tidur sejak mencintaimu dan tidak pernah nyenyak sejak melihatmu”. Airmata Zulaikha menitis di pipinya.
“Hai wanita bangsawan, dimanakah hartamu dan keindahanmu dahulu?” suara Yusuf a.s lembut.
Pengikut-pengikutnya terharu menyaksikan keadaan itu. Zulaikha yang telah dilupakan tiba-tiba muncul ketika itu. Banyak yang merasa kasihan kepadanya terutama orang-orang yang pernah menyaksikan masa jayanya.
Dengan nada sayu Zulaikha menjawab, “Segalanya habis ditelan oleh kemesraan kepadamu!”
“Bagaimana kemesraanmu?”
“Seperti sediakala malah bertambah selalu”
“Kemudian apa yang engkau perlukan?” suara Yusuf a.s bernada siap member pertolongan.
“Aku perlukan keindahan, kehormatan dan pergaulan denganmu!, sahut Zulaikha terus terang.
Yusuf a.s tidak menjawab. Dianggapnya Zulaikha barangkali tidak waras kerana tuntutannya tidak masuk akal. Walaupun demikian Yusuf a.s amat kasihan melihatnya.
Tatkala hendak berpaling dari Zulaikha, datanglah wahyu menyampaikan kepadanya:
“Hai Nabiyullah, engkau menanyai keperluannya dan engkau tidak menyahutnya. Ketahuilah bahawa Allah menjodohkan engkau dengannya. Nikahilah dia!”. Wahyu itu dihantar oleh Jibril a.s.
Yusuf a.s berkata, “Hai Jibril, dia sudah tua, sudah kehilangan segala keindahan dan keutamaan yang dimilikinya!”
Jibril memberitahu, “Allah berkata kepadamu bahawa Dia Maha Kuasa untuk mengembalikan segala keutuhannya”.
Zulaikha :: berubah menjadi cantik dan remaja
Baru saja Jibril menghilang tanpa bekas dan tatkala Yusuf a.s menoleh pada Zulaikha, maka dia amat takjubnya melihat wanita itu sudah berubah menjadi cantik dan remaja. Serentak dengan itu pula Allah menanamkan kemesraan di kalbu Yusuf sehingga berbaliklah dia dari yang ma’syuk (dicintai) menjadi asyik (pencinta).
**********************************************bersambung.. ^^
salin dari buku 1001 impian - rangkaian kisah bidadari
** rindu itu lumrah
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^